Aku BENCI dia, Kaulah Encik Benciku.. 5
Kaseh Ayuni..
Hak milikku terpelihara abadi.. :)
part 5..
Diariku Online : Episod Duka... Ayuni...
***
“Sudin…, kenapa dirimu sering kali diriku teringat di kala angin bertiup, di kala embun mendatang, di kala suram menjengah tiba?” Keluhan Ayuni menjadi panjang mendayu-dayu selari dengan deruan angin menyapa dedaun pokok rhu. Dedaun pokok melambai-lambai hampa di saat kesunyian petang yang mendamaikan.
“Kak Ayu, oohhh.. kak Ayu,” anak baju biru Ayuni ditarik dari celah sebelah kanan. Ayuni berpaling. Seraut wajah yang comel menyapa penglihatannya. Baby akak rupanya yang menyapa kedinginan di hati ini.… “Kenapa by?”
“Kak Ayu nak popcorn?” Baby, adik bongsu kepada Ayuni tersenyum manja dan menghulurkan bertih jagung bakar yang dibeli di Mydin Mall seketika tadi. Ayuni menundukkan wajahnya dan membiarkan air mata mengalir di pipinya.
“Sedih?” dalam penuh rasa kasih sayangnya, Baby mengusap lembut air mata Ayuni yang mengalir hebat di pipi Ayuni. ‘Ya Allah, terima kasih KAU utuskan adik kesayanganku ini di kala jiwaku kesedihan, merintih dalam diam. Aku ego dengan diriku sendiri. Hanya Baby mengerti akan jiwa lara Ayuni tika ini.’
“Taklah sayang… mata masuk habuk pantai je. Mana abang?” Ayuni menyuakan mulutnya pada tangan Baby yang mahu menyuapkan bertih jagung bakar. Urmm…sedapnya makan bertih jagung bakar itu. Baby membetulkan skaf biru iaitu anak tudungku yang sedikit senget kerana terbang dek angin pantai Batu Buruk, Terengganu.
“Tu… cari kerang. Cari siput kot,” muncung baby kian panjang sedepa. Bertih jagung dihulurkan kepada Ayuni. Baby berlari-lari anak menuju ke arah abang yang galak sesekali bermain dengan air ombak. Ayuni berdiri tegak kembali dan menatapi pantai itu. Ermmm…
***
“Kenapa diri Ayu yang diuji sehebat begini? Ayu lemah, Ayu rapuh dalam jiwa Ayu sendiri? Kenapa?” Ayuni berteriak kecil dalam hatinya. Air mata seolah-olah riang sekali mengalir keluar. Kenapa badanku bergetar hebat? Kenapa?
“Ayu…”
Ayuni diam seribu bahasa. Ayuni menyapu kesemua air mata itu. Ayuni tidak tegar mahu adik-adik kesayangannya melihat kakaknya menjadi selemah sebegini. Ayuni diam kaku. Malas mahu berpaling.
“Ayuni…” suara itu memanggil buat kali kedua. Ayuni cuba hilangkan sisa tangisan. Tangan kirinya terangkat ke pipi kanan. Kaki kanan Ayuni pula sibuk sekali bermain-main dengan pasir pantai. Alamak? Mana pula perginya kasut putihnya?
“Kaseh Ayuni!” ada nada geram dalam suara itu. Ayuni mengetap bibir. Isyy…siapa pula datang mengacau ni? Ada jua kena hempuk dengan batang kayu terpakai ya. Dalam kiraan 10, Ayuni berpaling.
“Makkkk…. Lari..” Ayuni bingkas mahu bangun tetapi lelaki yang Ayuni takkan mahu bertemu itu telah buat pertahanan diri. Apa ni? Mana aci main ngelat. Geram betullah, ada juga kena buang dalam ombak kang….!
“Ayuni, tolonglah, sekali ni sahaja,jangan lagi lari daripada saya! Puas sudah saya tawaf satu bandar Terengganu cari awak. Kalau awak tu popular macam Datin, takpe juga.”
Ayuni merengus. Amboi, sempat lagi memerli diriku ya. Ada yang rasa nak makan cili buatan Terengganu ya di bibirmu kah? Geram ni. Issyy…susahnya mahu fahami kata-kata seorang lelaki apatah lagi lelaki seperti dia!!!!
Ohh…perli ya. Kejap ya. Ni pula ayatku versi memerlinya. Ayuni mengibas seluarnya dan berdiri tegak mengadapnya. Sudin tersenyum manja. Poyosss yang senyuman itu. No way, Ayuni takkan tergugat lagi. Ayuni hanya tatap wajah Sudin di bahagian hidung sahaja. Tak mahulah tengok matanya, tergoda Ayuni tau! Ayuni..fokus…
Baiklah..
Permainan Ayu membuli si Sudian akan bermula sekarang.. SEKARANG!!!
“Tak minta pun. Siapa suruh awak tawaf satu bandar Terengganu? Ni tawaf pakai kaki kuda ke?” Ayuni merenggangkan kedudukan mereka berdua. Mana taknya, hari ni kan hari minggu, so banyak mata yang memerhati di kawasan umum.
Sudin tersenyum sinis. Sah. Ayuni merajuk dengannya. Entah apalah sebabnya. Bercelaru dia dibuatnya oleh angin kus-kus Ayuni. Nasib baiklah sebelum bertunang, dirinya sudah mengetahui serba sedikit tentang perangai Ayuni yang ala-ala kasar vs manja ni. Kalau tak, melayanglah dia di dalam ombak pantai itu.
*****
“Ayu.. tolonglah. Jangan pergi! Jangan lagi melarikan diri sejauh ni!. Jangan bersikap putus asa dan mengalah dengan takdir. Kita ada satu rasa sahaja iaitu rasa di hati ada cinta.” Bagaikan terngiang kembali ucapan Encik Bencinya pada telefon sejak seminggu yang lepas.
Selepas sahaja panggilan itu tamat, Ayuni terus bawa diri pulang ke kampung halamannya. Pada masa yang sama jua, Ayuni tinggalkan segala-galanya kerjanya di bandaraya Kuala Lumpur kerana tidak sanggup lagi menahan rasa, memendam sakit jiwa itu. Sakit sekali apabila ada segelintir kata-kata yang tidak terucap di bibir.
Yalah, kan.. orang lelaki yang ada rupa ni, akan ramai bunga mahu hinggap. Ayuni sedar akan kekurangan dirinya. Kenapa? Kenapa Ayuni berdegil lagi? Degil memang sikap semulajadi kepada Ayuni. Ayuni memang dikenali dengan seorang yang keras kepala, takkan mudah menyerah kalah dan pantang dicabar. Itulah jiwa kentalnya walaupun beribu kali orang lain menindas Ayuni dalam diam.
“Oit, Mok!” Ayuni terdiam seketika. Lamunannya melayang-layang bagaikan tarik-tarik tali cinta yang takkan tahu di mana penghujungnya. Kesudahannya, opss.. gigit jarilah, kan? Padan muka dengan Ayuni. Itulah, siapa mintak rahsiakan kebencian itu dalam-dalam hati. Kini.. tanggunglah sendiri.
Kata-kata sinis itu mengundang seribu rasa dalam jiwa Ayuni. Siapa yang tidak terasa apabila sikap sesetengah individu itu selalu memandang rupa fizikal seseorang dalam berkawan. Salah ke orang berfizikal comel ini memiliki rasa disayangi oleh jejaka setampan Sudin?
Adakah gadis manis seperti Ayuni itu tidak layakkah buat Sudin? Ayuni mengeluh panjang. Ayuni rapuh dengan perasaannya sendiri. Al-maklumlah Sudin adalah insane teristimewa yang menyentuhi hatinya dalam perkataan BENCI. Orang tuanya selalu berpesan kepada Ayuni,
“Ayu, kita ni seorang perempuan yang memiliki banyak emosi berbanding dengan kaum adam. Itulah kenapa wanita ada keistimewaan yang kaum adam tiada. Jadi, jangan biarkan emosi menguasai diri. Ingat satu je pesan mak. Solat jangan lupa. Tu adalah tiang agama setiap kaum muslim di dunia ni. Kedua, jujur. Tak kisahlah apa sahaja yang kita buat, haruslah jujur amanah dan telus. Jangan biarkan maruah diri kita diperkotak katikkan oleh orang lain dengan sewenang-wenangnya.”
Ayuni terdiam kaku di bawah kerusi belah rotan. Mak nya mengusapi anak tudung Ayuni.
“Ayu, mak tahu kepulangan Ayu kali ni bersebab. Kerana lelaki, kan?”
Ayuni angkat wajah. Mak Ayuni tersenyum. Anaknya sudah matang, sudah dewasa. Kalau tidak, masakan Ayuni akan pulang mendadak sebegini ke kampung. Tanpa pesanan dan kiriman SMS pun, tup tup tercegat depan pintu rumah.
Keadaan emosi Ayuni turun naik menahan rasa, air mata hanya menunggu masa sahaja ingin merembes keluar. Sangat jelas sekali akan saiz itu. Sudah mengerti akan saiz badan tu besar gedabak macam gergasi, kenapa berharap pada satu yang tidak pasti? Kenapa? Mengapa perasaan itu sangat menyakitkan hati ini. Kenapa perlu bercinta kalau ada dalam hati sejuta rasa benci?
Arghh… Benci..!!
“Ayu.. sayang kat dia tak?” Mak Ayuni serkap jarang. Ayuni tatap lama wajah ibu kandungnya itu. Ayuni keliru. Ayuni buntu. Apakah jawapan yang mahu diberikan itu? Ayuni tertunduk laju. Kemudian, Baby meluru laju ke arahnya. Di tangan baby, ada satu benda yang Ayuni sudah campakkan jauh-jauh ke dalam kolam buatan di taman rumahnya.
“Kak Ayu, ni hanset kak Ayu. Baby jumpa dalam kolam. Wan main kot hanset Kak Ayu.” Petah baby berbicara meskipun usianya baru lagi setengah jagung. Ayuni tatap sayu. Argh… kerana ikutkan rasa binasa. Baby duduk di riba Ayuni dan mengelap hanset Ayuni dengan anak bajunya. Ayuni leka melihat telatah manja adik kesayangannya itu.
“Ayu…”
“Ye, mak!” Ayuni angkat wajah. Mak sekali lagi mengusapi kepala Ayuni. Tumpah ke semua rasa kasih sayangnya buat anak sulungnya itu. Rasa bimbang kian bergetar hebat dalam diri Mak Ayuni. Bagaimana ya mahu memulakan bicara tidak seindah rupa itu. Adakah Ayuni akan terima?
“Kenapa buang hanset?”
“Err.. Ayu..Ayu.. Hanset tu dah rosak, mak!” Ayuni menelan pahit air liurnya. Mak tersenyum. Mak, janganlah asyik tersenyum sahaja. Ayuni gundah gelana ni. Mesti mak Ayuni sedang memikirkan yang Ayuni sedang merajuk dengan kekasih hati. Aduhai, berapa kali mahu bilang ya.. dalam hati ni hanyalah ada kata BENCI kepada dia. Faham tak, makna BENCI tu?
“Rosak takkan sama dengan sakit di hati, kan?”
“Apa mak cakap ni?”
“Ayu, jangan buat-buat pekak badak. Telinga orang perempuan ni sangat-sangat peka. Oklah, mak rasa sudah sampai masanya mak bagitahu. Ayuni jangan pengsan ya.” Mak Ayuni terhenti seketika. Ditatap lama wajah Ayu anaknya itu. Anaknya sudah layak menerima perjodohan itu. sudah sampai masanya. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi ianya akan berlangsung.
“Mak, cakaplah. Jangan bikin Ayuni gabra.”
Baby kian membelek-belek hanset Ayuni. Baby menyuakan hanset itu kepada Ayuni. Ayuni menekan butang merah bagi on kan hansetnya.
“Ayu, mak dah terima cincin.”
“Cincin?” hanset di tangan Ayuni terjatuh di lantai mozek jernih itu. Badan Ayuni bergetar hebat.
“Ya, cincin. Baby, masuk bilik mak dan bawa keluar cincin tu. Mak dah terima, sayang.”
“Mak!!!!” Ayuni bergetar hebat. Mak, kenapa buat Ayuni begini? Kenapa terima pinangan orang lain tanpa pengetahuan Ayuni?
“Budak tu baik sangat, Ayu. Orang Kuala Lumpur katanya tetapi kerja di Pulau Pangkor.” Mak Ayuni bersuara tenang dan membuka kotak cincin. Satu cincin belah rotan sebagai cincin merisik tuan punya badan Ayuni. Ayuni menjeling hebat akan cincin belah rotan itu. Entah kenapa, hatinya begitu beria-ria mahukan cincin itu tersarung ke jari manisnya. Apakah rasa ni?
“Mak..cukup, Ayuni tak nak! Pulangkan balik cincin tu!” Ayuni tolak ke tepi kotak berkaca cincin itu. Hurmm…melepas sudah! Ayuni bingkas bangun. Emosinya bergetar hebat dalam dirinya. Siapa pula lelaki itu yang pandai-pandai merisik dirinya? Setahu Ayuni, Ayuni single. Aduhai..pening, buntu dan keliru menjadi satu rasa yang pasti. Ayuni terasa mahu sahaja pergi terjah lelaki itu SEKARANG JUGAK!!!
“Ayu, nak ke mana tu?”
“Nak cari pisau belah rotan!”
“Nak buat apa?” kepala mak Ayuni terjengah di muka pintu dapur. Ayuni leka mencari sesuatu di sebalik kabinet dapur. Mana ni? Mana? Cepatlah!! Yes!! Jumpa jua, siap kau duhai bakal tunangku takkan jadi. Watch up!
“Perang dunia ke 8!” Baby tergelak besar daripada ruang tamu. Bunyi kaki yang menghentak lantai kian bergegar. Ayuni dalam marah. Jadi sebelum gergasi itu bertukar menjadi monster, baik larikan diri.
*******
“Apa yang awak mengarut ni? Boleh tak cakap tu jangan kona kiri kona kanan, ya!” Ayuni memandang ke arah kiri pantai. Sudin mendepakan tangannya. Ayuni bergerak bebas. Lega rasanya dapat menghalang diri daripada berterusan ‘terkurung’ dalam sangkar buatan Sudin.
“Nah! Ayu pulang balik. Amik!” Ayuni menghulurkan satu kotak kepadanya. Sudin tatap hairan.
“Ayu.. kenapa buat saya begini? Kenapa tolak saya jauh-jauh?” Sudin merenung tajam wajah Ayuni. Sudin akan dapatkan juga kepastian dalam ketidakpastian kata hati Ayuni pada hari ini juga. Ayuni takkan dibiarkan lagi. TAKKANNN…!
To be continued…