Aku
Benci Dia, Kau Encik Benciku...6
Tajuk: Aku Benci Dia, Kau Encik
Benciku…6
Penulis: Kaseh Ayuni
Hak cipta terpelihara
6.
“Ayu .. kenapa
buat saya begini?
Kenapa tolak saya
jauh-jauh?” Sudin merenung
tajam wajah Ayuni.
Sudin akan dapatkan
juga kepastian dalam
ketidakpastian kata hati
Ayuni pada hari
ini juga. Ayuni
takkan dibiarkan lagi.
TAKKANN...!
“ Sudin,
dah berapa saya
cakap! Panggil saya
Ayuni, bukan nama
Ayu! Nama itu eklusif
hanya untuk ahli keluarga
saya sahaja yang
boleh digunakan. “ Ayuni merenung
tajam wajah selamba
Sudin yang tajam
merenungi Ayuni. Geramnya
Ayuni lihat wajah
selambanya, bagaikan ada
aura cabar mencabar
sahaja tika itu.
Ayuni tahu akan
maksud sebenarnya, Sudin
memang sengaja mahu
naikkan darah Ayuni.
Dia bagaikan ada
agenda tertentu!
“Oleh
itu jadikanlah saya juga hak
eklusif Ayu!” spontan Sudin
berbicara sambil menajamkan
lagi pandangannya. Ayuni
tersentak seketika. Apa?
Dia benar-benar serius
ke dalam hal
itu? Aduhai, apa
lagilah alasan yang
Ayuni mahu berikan?
Oh Tuhan.. Tolonglah
hamba-Mu ini...
“No!”
“Why?
Masakan Ayuni ni
sudah ada yang
berpunya kot?” teka
Sudin sebarangan. Sudin
tersenyum lebar kepada
Ayuni.
Ayuni
tergelak kecil. “Kalau ya,
bagaimana?” Fuhh!!
Mintak-mintaklah Sudin percaya
akan kelentongnya itu.
Bolehlah Ayuni bernafas
dengan tenang sekiranya
Sudin mengalah dalam
hal merebut hatinya.
“Bawa
saya bertemu dengannya!”
tenang sekali Sudin
berkata. Deruan ombak yang
kian memukul pantai
kini giat pula
memukul tangkai hatinya.
Bagaikan ada seribu
debaran sedang memukul
hati Ayuni. Ishh!!
Lelaki ini memang
sakit betul, susah betul
mahu menyakini dia
yang Ayuni sudah
dipunyai oleh orang
lain.
“Kenapa?”
“Saya
mahu minta dia
putuskan hubungan dengan
Ayu!” Dengan selamba, Sudin
mengenyitkan matanya kepada
Ayuni yang sudah
terkejut dengan kata-katanya
itu. Ayuni jangan
ingat dengan seremeh
itu alasannya yang
boleh buatkan Sudin
melepaskan dirinya. TAKKAN...!! Ayuni akan
tetap menjadi miliknya,
hanya tunggu masa
dan detik sahaja.
Kalau beribu orang
pun Sudin boleh
tawan, apalah sangat
dengan hati Ayuni
itu. Petik jari
sahajalah!
“What?
Awak memang gila!” Ayuni
mencerlungkan anak matanya
kepada Sudin
“Iya.
Saya memang gila.
Saya sudah tergila-gilakan Ayu..!”
“Nonsense!!” Ayuni pun segera bangun dari tempat itu. Panas pula rasanya dalam hati ketika berbicara dengan Sudin. Entah apalah yang merasuk dalam dirinya. Nampak begitu tekad benar mahu mendapatkan Ayuni dalam hidupnya. Nak kata Ayuni ini cantik, masih lagi banyak wanita cantik di luar sana. Masakan tiada seorang pun yang terlekat sewaktu mereka bertemu dalam urusan urusniaga perniagaan? Isshh... susah benar ya!
“Ayuni..
izinkan saya! Lembutnya
wanita kerana senyumannya.
Cekalnya wanita kerana
beraninya. Patuhnya wanita
kerana setianya. Sabarnya
wanita kerana imannya.
Kasihnya wanita kerana
belaiannya. Lemahnya wanita
kerana air matanya.
Ikhlasnya wanita kerana
simpatinya. Pendamnya wanita
kerana cemburunya. Sayangnya
wanita kerana sifat
keibuanya. Maka, kerana
itulah saya akan
menjadi lemah kerana
tanpa Ayuni, saya
akan menjadi seorang
lelaki yang kalah.
Ayunilah tonggak kehidupan
saya. Semua yang saya
katakan tadi itu,
ada apa Ayuni.
Maka, tak salah kan
sekiranya saya mahukan
Ayuni dalam hidup
saya?” Sudin meluahkan
isi hatinya sambil
melutut di belakang
Ayuni.
Langkah
Ayuni segera terhenti.
Begitu syahdu sekali
luahan itu. Sudin
ini sedang baca
skrip cinta ke
sehinggakan bisa meruntuhkan
dinding keras hati
Ayuni? Ayuni pun berpaling
dan melihat akan
Sudin masih lagi
melutut dengan ada
bunga di tangannya.
“Apa
yang awak buat
ni? Bangunlah!! Malu
tahu orang tengok!”
Ayuni berkata geram
dengan sikap romantisnya.
Nasib baiklah hati
Ayuni sudah jadi
lembut sikit, kalau
tidak harus sahaja
Ayuni biarkan sahaja
Sudin begitu sepanjang
hari. Apa dia
ingat sini Kuala
Lumpur ke? Eh..
sini itu Terengganu.
Silap hari bulan,
ada sahaja pegawai
cegah maksiat datang kasi
surat cinta. Ada mahu
ker?
“Tak.
Saya takkan bangun
selagi Ayuni belum
menerima saya!” ucapnya,
degil. Gelengannya semakin laju.
Sudin langsung tidak
menghiraukan akan pandangan
orang sekeliling. Baginya,
Ayuni harus dimiliki!
Harus! Apa juga
caranya, Sudin akan
bertanggungjawab!
“Sudin!
Bangunlah. Awak nak
ke nanti datang
pegawai cegah maksiat
datang dan bawak
kita ke pejabat
tok kadi?” ugut
Ayuni spontan. Ayuni
sudah membahang wajahnya
menahan malu ekoran
terdengar bisikan nakal
serta siulan mengusik
daripada pengunjung dan
anak muda di
pantai batu Buruk
itu.
“Ah?
Boleh ke gitu?
Kalau begitu, saya
akan terus melutut
dan tunggulah kedatangan
pegawai itu. Lagi
bagus, kan?” Sudin
sudah berwajah ceria.
Ayuni menepuk dahinya.
Aduhai, makin kita
mahu menakutkan dia,
semakin kita pula
yang terkena. Entah apa
lagilah caranya yang
harus Ayuni buat.
“Shamssuddin Salleh! Awak boleh tak berfikiran rasional sikit. Sini adalah Terengganu, bukannya di Kuala Lumpur. Sini adalah negeri yang penuh dengan budaya timur. Penduduk di sini sangat mengutamakan budaya timur, jadi tolonglah... bangun!”
Sudin
tatap wajah Ayuni.
Ada rasa sendu
pada wajah Ayuni.
Ya Allah, dia
terlupa akan hal
itu. Lalu, Sudin pun
perlahan-lahan bangun namun
terjatuh kembali. Ayuni sudah
cemas. “Ehh.. kenapa
ni?”
“Kebas kot.
Yelah, dah lama
kan saya melutut!!”
“Tu
lah, ikut sangat
kata hati. Kan
awak sudah sakit.
Boleh tak kalau
nak buat apa-apa
itu ingat sikit
pada saya. Saya
bimbang, tahu!” Ayuni
berleter tanpa sedar
apa yang dituturkan.
Sudin tersenyum bahagia.
Ya Allah, terima
kasih! Kau telah
dengar doaku.. Ayuni
benar-benar sayangkannya selama
ini, tetapi kenapa
dia menafikannya? Mesti
ada sebabnya.
“Macam
mana? Ada rasa
kebas tak lagi?”
soal Ayuni dan
pandang wajah Sudin.
“Ada.”
“Awak
ni. Kan dah
menyusahkan diri sendiri
tu! Bla bla...”
Ayuni makin pertingkatkan
lagi bebelannya itu.
Namun Sudin rela
mendengarnya. Semakin banyak
Ayuni berleter semakin
lebar senyumanya. Indahnya
apabila perasaan disambut. Rasanya mahu
sekarang juga mahu
berkahwin dan menghalalkan
perhubungan kami berdua.
“Ayu..”
panggil Sudin, lembut.
Ayuni
mengangkatkan wajahnya. Lalu
Sudin berkata, “Selama
ini saya terlalu
rindukan awak. Rindukan
kata-kata awak. Saya
rasa terlalu sunyi
apabila awak tiada.
Saya rindu untuk
dengar suara awak,
gelak tawa awak,
senyum awak, serta
kenakalan awak yang
mengada-ngada itu... jika
Allah halalkan saia
untuk saya mencintai
awak, mengasihi awak
dan menyayangi awak
untuk selamanya, saya
selalu berdoa yang
semoga awak sentiasa
akan menjadi milik
saya buat selamanya...
walaupun sebenarnya kita
hanya mampu merancang
dan DIA lah yang
akan menentukan segalanya..!”
Ayuni
terkedu, entah kenapa
pada hari ini
sahaja Sudin begitu
banyak sekali menyentuh
hatinya dengan kata-kata
puitis. Dan sejak
bila pula si
Shamsuddin Salleh itu
reti dalam hal
berperasaan itu. Mesti
dia ada mahaguru
Cinta kot.
“Apa
maksud awak?”
“Ayuni.. izinkan
saya ya. Ni
pun ayat karangan
saya spontan saya.
Dengar ya.. Izinkan
saya ‘Enter’ dalam hidup
awak. ‘Add’ hati awak dalam
hati saya. ‘Block’ tangisan awak. ‘Post’ senyuman
awak. ‘Favourite’ gelak tawa awak
dan ‘Save’ nama awak
selamanya dalam hati
ini buat selama-lamanya..” Sudin mulai
bangun dan mengeluarkan
sesuatu dari kocek
seluarnya. Ayuni sudah mulai
terkedu, adakah itu
benda yang sama
sedang Ayuni fikirkan
tika itu. Adakah
Sudin mahu melamarnya
buat kali kedua?
Arghh... Ayuni mahu
pengsan rasanya. Cepatlah...
oksigen di mana?
Breath in.. breath
in...!
“Apa
yang awak mahu
buat ni?”
“Shuu...!”
Sudin memberikan isyarat.
Mana pula benda
itu. Jangan-jangan dia
terlupa untuk membawanya.
Aduhai, kacau betul.
Sudin tetap mahu
mengeledah semua koceknya
dan TINGG! Ada!
Syukurlah.
“Ayuni..
be my wife..”
ucapnya lantas melutut
dan mengeluarkan cincin
yang dahulu pernah
dikembalikan oleh Ayuni.
Ayuni sudah spontan
terkejut. Sudin benar-benar sedang
melamar dirinya itu
pun di hadapan
semua orang di
pantai Batu Buruk
ini.
Ayuni
diam. Tiada reaksi.
“Ayuni.. please
marry me. Be
my wife dan
jadi ‘hawa’ saya
di dunia ini.
Izinkan saya mendapatkan
kembali tulang rusuk
kiri saya di
dunia ini. Saya tahu
saya bukannya sekacak
Yusuf sehingga kasih
Zulaikha tidak berbelah
bagi buatnya. Saya
juga tahu yang
cinta saya tidak
seagung cinta Balqis
buat pencinta hatinya,
Sulaiman. Saya mengerti
yang rindu saya
juga tidaklah sehebat
rindu Adam terhadap
hawanya. Dan saya
lagilah faham yang
sayang saya bukanlah
melebihi sayangnya Nabi
Muhammad S.A.W untuk
Khadijah. Tapi satu
sahaja yang pasti
bahawa cinta, kasih,
rindu dan sayang
saya hanyalah eklusif
untuk Ayuni seorang
sahaja..!” Sudin kian
melamarnya.
Ayuni
benar-benar mahu terasa
pengsan sahaja mendengar
ayat lamar Sudin.
Aduhai, hatinya sudah
terbuai-buai.
“Jawapan
saya. No!”
“What?”
terjerit semua yang
sedang melihat kami
berdua. Ayuni dan
Sudin berpaling. Mak aii..
ramainya penonton tak
dijemput.
“Kenapa?”
soal mereka serentak
dengan soalan Sudin.
“Kerana saya akan
lebih memilih cinta
Allah berbanding dengan cinta
seorang manusia. Cinta
Allah tidak dapat
ditukar ganti, manakala cinta
manusia akan semakin
silih ganti. Cinta
Allah suci tulus
hingga ke mati,
cinta manusia pula
selalu berakhir dengan
kebencian. Cinta Allah menyuburkan
ketaqwaan, dan sentiasa
akan menyuruhkan hamba-Nya
meninggalkan larangan-Nya. Manakala
cinta manusia ini
meninggalkan syariat-Nya.
Cinta Allah pula
sepanjang masa dan
cinta manusia pula
sekejap ada, sekejap
tiada.” Ujar Ayuni
dengan panjang lebarnya.
“Kalau
itulah alasannya, saya
mengerti. Maaflah kerana
selama ini saya
terlalu taksub ingin
mengejari cinta Ayuni
sehingga terlupa akan
cinta yang hakiki.
Saya juga mahu
berterima kasih kerana
sudi menerima dirinya
ini walaupun untuk
sedetik. Maafkan saya.
Saya takkan menganggu
Ayuni lagi!” Sudin
tersenyum hambar dan
terus berlalu pergi.
Pergi dan terus
melangkah pergi tanpa
berpaling lagi.
Ayuni
tersentak. Adakah benar
Sudin sudah pergi
meninggalkannya? Pergi dan
takkan kembali lagikah?
Suara Ayuni bagaikan
terkelu mahu memanggilnya
kembali. Ya Allah,
apakah yang aku
sudah lakukan itu?
Jahatkah aku kerana
menghancurkan hubungan yang
Kau redhai mahu
terbina? Kejamkah aku
kerana meranapkan impian
seorang Adam dalam
mendapatkan kembali si
tulang rusuknya?
Sudin,
ketahuilah bahawa walaupun
susah bagi awak
menerima akan hakikat
itu, boleh tak
awak bersabar dengan
cinta ini dan
tolonglah simpan cinta
saya ini agar
mekar dalam hati
awak. Saya tak
mahu awak pulangkan
kembali sebab saya
mengerti yang sekiranya
ianya terjadi maka
akan kecewalah saya
jadinya... itulah pesanan
di angin lalu
akan bisikan hati
Ayuni buat kekasih
hatinya, Shamsuddin Salleh.
Bersambung....