Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Friday, November 4, 2011

Cerpen : Selamat Hairi Raya Aidil Adha... end




2

Hairi mulai terasa bahang kesejukkannya dari hujung kaki sampai ke hujung rambut. Patutkah Hairi melangkah pergi ataupun biarkan dirinya terus berbau busuk? Hairi angkat ketiaknya, masamnya bau. Lengannya pula ad aura-ura bau lembu, kerbau, bangau pun ada itu. Itu semua salah si gadis kerbau tu laa. Kalau bukan sebab dia tertolak Hairi kembali masuk dalam lumpur itu, mungkin dirinya takkan berbau sebegitu.

“Siaplah kau! Kampung ni pun bukannya besar mana untuk aku cari kau balik,” azamnya sehati sejiwa. Terbayang-bayang raut wajah itu di kaca matanya. Arghh..kenapa pulak Hairi harus teringatkan bakal seterunya itu. Persetanlah semua rasa itu. Pergi main jauh-jauh..Jangan nak ganggu kehidupan peribadi aku!

Hairi kembali tumpukan perhatian pada hadapannya. Bagaimana ni? Kalau tak mandi, gatallah satu badan malam ni. Kalau mandi, sejuk pula rasanya. Kaki mahu melangkah tapi hati masih menghalang. Nak pergi mandi kat hotel, kereta dah masuk paya. Takkan nak naik motor kapcai atuknya itu. Jatuh lah standard ma..

Teragak-agak sekali lagi kaki Hairi mahu melangkah ke tempat yang selalu dihindarinya itu. Takkan tiada lagi tempat lain untuk membersihkan dirinya selain dari PERIGI? Bilik air takkan tiada kot? Hairi kembali menjengahkan kepala. Penuh sahaja sejak dari tadi. Yang sebenarnya berapa orang sepupu sepapa, cucu cicit yang atuk tu ada? Gamat sahaja ragamnya apabila kesemuanya berkumpul.

“Nampaknya, terpaksalah aku mencemarkan duli jua mandi kat perigi ni.” Hairi mengeluh hampa dan menarik tuala. Kakinya melangkah jua. Dilihatnya sejenak ke dalam air perigi tu. Dalamnya perigi umah atuk itu. kalau terjatuh, boleh naik tak?

Perigi.. adalah satu tempat alahan yang amatlah Hairi tidak mahu sekali nak mandi di sana. Airnya.. Ya Allah tersangatlah sejuk sekali. Apatah lagi jika air hujan turun dan memenuhi satu perigi itu. Konfem kaku gila lah sesiapa yang mandi di telaga perigi kampung atuknya itu.

Ada tepukkan di bahu belakangnya. “Tak mandi lagi ke, Hairi?”

Hairi terkejut dan menahan dirinya. Nasib baiklah dia tidak terjatuh dalam perigi itu. Kalau tidak, memang hari itu juga kena mandi air tolak bala. Asyik nasib malang sahaja.

Hairi berpaling dan lihat wajah atuk yang kian dimamah usia. Sudah berbelas lamanya Hairi tidak bertemu dengan atuknya itu. Masih belum berubah raut wajah atuknya itu. Masih tetap tampak muda dan kuat lagi.

“Hairi mesti mandi kat perigi ni jugak ke, atuk? Takkan ni sahaja tempat mandi yang atuk ada?” ada rasa kesangsian di dalam dirinya. Setahunya, rumah atuk ni boleh dikira besar jugakla. Masakan bilik mandi pun tak boleh nak sediakan kot?

“Nak hilangkan bau kerbau tu tak?” atuk mencari timba untuk memudahkan Hairi menimba air perigi itu. sebekas air baldi diletakkan ke tepi perigi.

“Mestilah mau. Jadi, penawarnya kenalah mandi air perigi ni ke, tuk?.”

“Ya, mandi cepat!” Jawab atuknya dengan menyembunyikan ketawanya. Kalaulah Hairi tahu yang itu semua kelentong mahukan Hairi berubah menjadi seorang muslim. Kalaulah Hairi tahu, Hairi takkan sesekali ikut cakap seperti sekarang itu.

“Meh, atuk ajarkan cara-cara nak timba air perigi dulu. Mula-mula bacakan bismillah tau. Agar kerja kita yang payah akan jadi mudah. Pegang talinya dengan perlahan-lahan. Turunkan timba itu. Jangan laju turunkan ia. Kemudian, apabila timba itu dah kena pada kaki air, tenggelamkan sikit timba itu. Rasa macam air tu dah penuh, terus naikkan tali timba dengan laju. Kalau tak larat, angkat perlahan-lahan tau!” panjang lebar sekali cara-cara nak angkut air dari perigi.

Air itu diisikan ke dalam baldi yang tersedia. Atuk menghulurkan pada Hairi pula untuk dicuba. Hairi tatap wajah atuknya. Kalau Hairi tolak, boleh tak?

“Susahnya atuk. Kalau sebegini, baik mandi air paip sahajalah. Lagi mudah. Pulas sahaja, terus air keluar,” bentak Hairi sebagai orang paling cerewet sekali. Atuk mengeleng laju. Sudah diduga yang itulah yang akan Hairi katakan. Semua jawapan Hairi sudah ada dalam kocek atuknya itu.

“Tu la, anak muda sekarang ni. Semuanya tahu nak cepat dan senang sahaja. Kesudahannya tak de apa-apa hasil jua. Senang tapi menyusahkan kemudian hari. Apa cerita? Baik guna cara lama, biar lambat asalkan selamat.” Atuk dah mulakan mukadimahnya.

“Tapi, atuk..”

“Atuk tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Cepat timba air tu. Lagi lambat Hairi mandi, lagi lamalah virus kerbau, bangau dan lembu tu dalam kulit Hairi. Apatah lagi kini ada virus H1N1.” Ugut atuk dalam versi mengusik. Cucunya itu kena diugut barulah ikut kata. Bukannya cerewet mana, saja nak mengada-ngada.

Air liur Hairi rasa sukar sekali nak telan. Apatah lagi, entah berapa kilo air kumbahan itu termasuk dalam saluran mulutnya. Mak..tak nak..baik cepat-cepat timba air perigi dan cepatlah kesemua virus itu keluar dari badannya.

Atuk melangkah pergi dengan senyuman. Plan pertama dah menjadi. Kini tunggu plan seterusnya pula. Sebelum menghilang, atuk sempat berpesan, “Jangan mandi lama-lama sangat. Perigi tu ada penunggu sikit. Ia suka kacau budak lelaki tau. Cepat mandi dan anbil wuduk sekali. Kita berjemaah. Atuk tunggu kat dalam,”

Hairi tersentak sekejap. Penunggu? Kacau budak lelaki. Alamak, badannya dah jadi seram sejuk tu. Cepat-cepat Hairi timba air perigi bagi penuh dan mandi sepantas kilat. Badannya bersabunkan sabun Lux. Syampu Rejoice diggapai dan dipicit sedikit. Agak-agak keluar buih itu, terus diletakkan ke atas rambut.

Hairi teragak-agak mahu mandi, khuatiri air perigi itu sejuk membeku macam ice berg. Atuk cakap kena baca bismillah barulah semuanya menjadi senang.

“Bismillahirrahmanirrahim..” sekali jirus sahaja air perigi itu meluncur pada badannya.

‘Tak sejuk pun. Air perigi ni rasa macam panas je. Bestnya. Nak mandi lagilah puas-puas!’ detus hati Hairi dan laju jua duduk menimba air perigi itu. Pantang nampak kurang, ditimbanya lagi bagi penuh satu baldi itu. Macam berada dalam spa sahaja suhu air perigi itu. tak rugilah mandi air perigi ni tau.

Tanpa Hairi sedari, dari celah-celah belakang perigi itu, seseorang sedang memerhatikan semua perbuatan Hairi. Sedapnya dia mandi. Itu tak boleh dibiarkan sama sekali. Idea, inilah masanya. Harus balas balik apa yang dah dia buat kat baju tadi.

“Hei manusia lelaki, aku laparkan darah kau. Aku perlukan darah kau. Aku mahukan kau. Darah kau, darah manis. Datanglah padaku. Aku mahukan kau jadi pendampingku…kah kah kah kah..” satu hilaian tawa mulai kedengaran di belakang. Kemudian, bunyi tin diketuk bertalu-talu serta bunyi hilaian semakin kuat.

Hairi kecut perut. Terhenti sudah dia mahu menimba air perigi. Wajahnya menjadi pucat. Apakah suara itu? Dari mana datangnya. Adakah itu penunggu yang atuk cakapkan tadi?

“Manusia…aku datang..datang pada kau. Aku dahagakan darah kau…aku datang..” suara itu kembali bergema dengan bunyi derapan kaki.

Tanpa berfikir panjang lagi, Hairi mengorak langkah seribu. Hairi berkaki ayam dalam memecut lari bagi menyelamatkan dirinya. Timba perigi dicampakkan ke tanah dan berlari-lari meninggalkan perigi. Manakala, tuala entah ke mana. Yang penting, selamatkan darah dalam badannya terlebih dahulu.

“Puas hatiku.” Dia berkata dan tergelak sendirian. Serai di tangannya dibawa ke wajahnya. Nasib baiklah maknya ada meminta Nur Aidil Adha datang ke belakang umah atuk amik serai. Jadi, dapatlah dendamnya terbalas, kan.

Nur Aidil Adha tergelak sakan. Usikkannya menjadi. Boleh tahan pengecut jua cucu atuk ya. Nur Aidil Adha sendiri terkejut tahu yang lelaki itu merupakan cucu pada atuk. Kalau bukan kerana mulut Asmira, tentu sampai sekarang Nur Aidil Adha takkan tahu siapakah lelaki itu.

Wajah dia pun boleh tahan. Rupanya ada iras-iras lelaki melayu sejati, tinggi dia rasanya adalah dalam 175cm. Tinggi jugak tu. Kalah atuknya yang rendang sahaja. Manakala kulitnya pula kuning langsat. Di situ, Nur Aidil Adha berkenan. Nur Aidil Adha suka sekali tatap anak matanya, bermata coklat. Walaupun dalam pertemuan pertama mereka berdua, satu wajahnya bersalutkan lumpur tetapi bebola matanya tetap nampak cantik sekali. Warna coklat, warna kegemaran Nur Aidil Adha.

Bibirnya pula, Nur Aidil Adha tak sempat nak lihat kerana perasaan tengah bengang katakan. Yang penting dendamnya terbalas. Padan muka dengan budak bongkak itu. Entah ke manalah dia melarikan diri itu. dah lah hanya pakai seluar boxer, tapi tak menutup badannya. Konfem kena gelak nanti dengan semua sanak saudaranya itu. Lihat sahajalah nanti.

******

Hairi berkurung sahaja dalam bilik. Sejak insiden Hairi ‘diganggu’ itu, satu badannya panas. Panas kerana kena tegur sebegitu. Taubat dah, Hairi takkan sesekali mandi di perigi itu lagi. tariklah macam mana sekali pun, Hairi takkan melangkah.

Atuk menjengah masuk. Hairi buat-buat pejam mata. Sudah petang tadi, Hairi kena basuh kaw-kaw oleh atuknya kerana lupa baca doa makan. Selepas itu, Hairi diminta pula jadi imam dalam solat Zuhur. Manalah Hairi reti, sudah berapa lama Hairi tidak sujud di kaki sejadah. Semua bacaan dalam solat pun, dia lupa. Otaknya dah beku mahu mengingati kesemua surah yang dibaca dalam solat.

“Atuk tahu Hairi tak tidur lagi. Atuk sayangkan Hairi. Atuk tak mahu cucu cicit atuk terus lalai dan terlena dengan duniawi. Hairi masih muda lagi. ada masa untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan. Allah itu Maha Mendengar. Kembalilah ke pangkal jalan, sebelum terlewat.” Atuk membelai anak rambut Hairi.

Hairi terasa sesuatu dalam hatinya. Kepalanya rasa ringan sekali. Seolah semua masalahnya dibawa pergi saat atuknya membelai halus ubun-ubun rambutnya. Atuknya sambung lagi, “Dulu, ada satu kisah. Kisah ni amatlah menyayatkan hati. Kisah anak lelaki yang berbakti pada kedua ibu bapanya. Setiap hari anak itu menjaga, memberi makan dan memandikan kedua ibu bapanya. Para sahabat Rasulullah SAW dapat tahu lalu mengunjungi rumah berkenaan. Agak lama jualah sahabat itu menantikan lelaki itu keluar melayani. Setelah 10 minit menunggu, lelaki itu keluar dengan seekor babi hitam. Dipegangnya dengan penuh hemat, dibelai lalu babi itu dibawa masuk. Sahabat itu merasa hairan. Bukankah dalam islam menyatakan yang babi itu haram disentuh? Sahabat itu sabar menanti. Kali kedua pula, seekor lagi babi dibawa keluar. Kali itu babi itu berwarna lain. Makin pelik sahabat baginda itu. dek perasaan ingin tahu, sahabat baginda itu setia menunggu.

Atuknya berhenti sejenak. Hairi yang sedang khusyuk mendengar mulai terbuka matanya. Pintu hatinya terbuka ingin tahu kesudahan cerita itu. atuknya diam sahaja.

“Lepas tu apa jadi, atuk? Sahabat baginda tu ada bertanya ke, tak?” Hairi terus bertanya dan bangun dari katil. Bantal dipeluk erat. Atuknya tersenyum. Alhamdulillah, lembut jua pintu hatinya.

“Hairi nak tahu ke kesudahan cerita di zaman Rasulullah SAW ni?”

“Mestilah nak tahu. Dah jalan ceritanya best.” Bersemangat sekali raut wajah cucunya itu. Sinar wajah yang penuh dengan kejujuran itu ditatap penuh terharu oleh Atuknya itu. Seribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas perubahan sedikit demi sedikit itu.

“Atuk nak Hairi bangun dan ambil wuduk. Jangan banyak bantah dan ikut apa sahaja yang atuk arahkan,”

Bagaikan dipegun sahaja Hairi mengikut arahan atuknya itu. Hairi mengekori dari belakang langkah atuknya itu dan menuju ke bilik air. Air di paip mulai dibuka perlahan-lahan. Hairi mendongak. Wajah atuknya tampak bersih sekali. Ada nur cahaya di wajah atuknya. Mendamaikan saat anak mata Hairi melihatnya.

“Atuk nak Hairi ikhlaskan hati Hairi itu. kita mulakan dari asas ya dahulu. Mula-mula sisingkan lengan baju dan seluar di kaki. Pastikan melebihi kawasan aurat kita agar semuanya terkena air secara sama rata,”

Hairi melakukan dengan penuh tertib. Atuknya menyambung kembali, “Sebelum memulakan apa-apa jua, kita mulakan dengan bacaan bismillah. Baca sekarang, atuk nak dengar sebutan yang Hairi sebut. Jangan malu dalam belajar perbaiki agama kita ni,”

Atuk bagaikan dapat tahu apa isi hati Hairi sedang berbicara. Hairi buang semua perasaan malu itu ke tepi. Hairi mengikhlaskan hatinya. Dengan susah payahnya dicuba jua lidahnya agar menyebut kalimah suci Al-Quran itu. “Biss..mi..llah..hiiraahmanniirrahimmm..”

“Cuba sekali lagi,” atuk tatapnya lama. Lidah Hairi jadi liat nak menyebut kalimah suci itu. Sudah lama ditinggalkan, itulah jadinya. Tetapi, Hairi tekad mahu cuba jua gagahkan lidahnya menyebut dengan lancar.

“Bismillahirrahmanirrahim,”

“Bagus. Kali ni kita basuh dahulu kedua tapak tangan kita. Biarkan air mengalir di setiap celah jemari kita. Rasai aliran air itu. kemudian, air itu kita gunakan berkumur sebanyak 3 kali. Kenapa perlu berkumur. Supaya mulut kita ni bersih dari sisa makanan dan dari kekotoran duniawi. Setiap hembusan nafas kita tu perlulah bersih. Jangan pula kita mahu mengadap Pencipta kita dengan bau nafas ayam. Kan tak sesuai itu. Contoh yang paling senanglah nak bayangkan, kita mahu pergi bertemu dengan kekasih hati pun mahu berbau wangi, kan? Jadi takkan ada salahnya kita perlu bersuci demi mahu mengadap Yang Maha Esa?”

Hairi menganguk tanda faham dengan apa yang atuknya cuba sampaikan. Ada hikmah kenapa kita diharuskan bersuci dan mengambil wuduk. Banyak fadhilatnya yang manusia tak mahu ambil tahu. Alangkah ruginya mereka itu semua.

“Selepas mulut sudah berkumur sebanyak 3 kali, giliran wajah pula dibasuh sebanyak 3 kali agar semua debu-debu dapat dibersihkan. Wajah kita jua akan berasa segar. Sel-sel liang roma kita akan segar terkena air basuhan itu. tiap kali kita basuh muka sahaja, mesti kita akan rasa segar kan, tu lah salah satu fadhilatnya. subhanaAllah,”

Sambung atuk lagi, “ Giliran tangan pula. Kita wajib dahulukan tangan kanan barulah tangan kiri menyusul. Sama jua macam muka, lengan tangan kanan dibasuh sebanyak 3 kali jua. Biarkan air membasuhi lengan-lengan kita ni. Seharian lengan kita berjasa pada kita. Jadi, tak salahkan kita belai ia dan basuhnya dengan air.”

Hairi akur. Setiap gerakan atuknya, diikut sama.

“Dahi kita basuh jua sebanyak 3 kali kemudian pada telinga pun sama. Korek di setiap celah-celah telinga itu agar daki-daki akan hilang. Yang paling akhir sekali, kaki kita. Gosokkan di setiap celah ibu jari kaki dan jari kaki. Ingat, kaki ni tempat penting kerana kita berjalan menggunakan kaki. Belai ia macam barangan yang disayangi. Semua anggota badan kita amat bermakna. Tanpa ia, kita takkan dapat menyempurnakan ibadah dan kehidupan seharian dengan baik,”

Hairi membasuhi kakinya. Tangannya ditadah dan mengaminkan doa selepas wuduk yang dibaca oleh atuknya. Habis basah bajunya tetapi berbaloi kerana buat kali pertama dia merasa tenang membasahi anggota badannya dengan berwuduk.

Atuk faham apa naluri yang sedang dialami oleh Hairi sekarang itu. syukurlah Hairi masih tidak terlalai jauh dari persimpangan. Imannya masih ada Cuma tak berapa kukuh sahaja tiang di dalam hatinya.

“Ke tepi…!” teriak satu suara dan Hairi berpaling laju. Atuk pun sama. Kelihatan beberapa orang sepupunya sedang mengejari sesuatu. Atuk berikan laluan. Kenapa pulak dengan budak-budak itu semua?

“Cepatlah akak, ayam jantan ni dah nak lari tu. Cepatlah kejar,” teriak Ekmal lantang. Hairi berpaling mencari tahu kakak yang dimaksudkannya itu. Ada lagi ke perempuan yang kejar ayam jantan kampung di zaman sekarang itu?

“Kejaplah, akak nak ikat kain batik dulu ni. Kan terjatuh, korang semua sukalah tengok ya!” terkia-kia Nur Aidil Adha membetulkan kain batik yang dipakai olehnya. Salah dia jua, dah tahu malam ni ada acara nak kejar ayam kampung, tetap gatal jua nak pakai kain batik. Kang dah menyusahkan diri tu.

“Cepatlah akak!!” gesa Ekmal yang sedang buat pertahanan di bahagian tengah. Hairi tercengang lihat gadis kerbau itu. Dia pun ada kat sini? Dalam rumah atuknya? Apa muslihatnya kali ni? Sengaja Hairi tercegak di situ.

Nur Aidil Adha langsung tidak menyedari akan kewujudan seterunya itu. Nur Aidil Adha tetap melangkah dengan membetulkan kain batiknya. Satu langkah ke depan lagi sahaja Nur Aidil Adha akan bertembung dengan Hairi.

“Akaa…” Ekmal mahu menjerit menyatakan tapi belum sempat, mereka berdua saling terjatuh kerana tertembung satu sama lain. Nur Aidil Adha menjerit kecil dan terjatuh di dada bidang Hairi, musuhnya itu

“Mak…”

“Akak..” kesemua pakat mengerumuni mereka berdua.

“Bangunlah. Batal sudah wuduk saya tau. Bangunlah cepat, dah lah badan tu berat macam gajah,” sindir Hairi semahunya. Merona merah wajah Nur Aidil Adha saat itu. budak-budak pakat gelakkannya. Malunya.

“Aku nak bangunlah ni. Kau tak alihkan tangan kau dari badan aku ni, gi mana aku nak bangun?” kali ni ada pula modal bagi Nur Aidil Adha memerli Hairi. Bagaimana pula tangan Hairi itu boleh terpeluk badan cekedeng si gadis kerbau itu?

“Akak, cepat ayam jantan tu dah nak lari. Cepat, tu ayam jantan ada kat bawah meja. Cepatlah,” gesa si kecil pula. Teruja pula si budak kecil itu dengan botol susu di tangannya.

“Awak.. saya nak kejar ayam jantan ni. Tu ayam kampung nak buat masak gulai besok. Lepaslah tangan tu!” Nur Aidil Adha meminta dengan cara baik. Bukan mudah lagi nak tangkap si ayam jantan kampung itu. amat payah sekali. Larinya macam kilat, walaupun banyak pertahanan yang kami semua bina.

“Tak malu ke gadis kampung macam awak kejar ayam kampung? Kalau dah kemaruk sangat, mari sini saya belikan seekor ayam kampung untuk kau makan! Free of charge sahaja!” Hairi bergerak ke dapur dan cuba sama melihat akan aksi seronok sepupu nya menangkap ayam jantan itu.

Bising sekali suasana dalam dapur itu dengan teriakan kokokan dari ayam jantan kampung itu. hingit bingit. Hairi pun bagaikan rasa teruja mahu tangkap sekali ayam jantan itu. Bestnya rasai pengalaman baru itu.

“Cepat tahan belah sana. Jangan sesekali berikan ayam tu ruang nak larikan diri. Cepat Ekmal, Fikri..”arah Nur Aidil Adha dengan lantang. Nur Aidil Adha sedang buat pertahanan di bahagian tengah. Hanya tunggu masa sahaja ayam jantan itu masuk perangkapnya. Hairi pun sama teruja dan satu..dua..tiga..

“Dapat..” keduanya saling menangkap ayam itu. Namun saat kepala mendongak, pap..kepalaku di dahimu. Sakitnya dahi Nur Aidil Adha terhantuk dengan kepala milik Hairi itu. boleh lembam dahinya itu.

“Oiit, sakitlah kepala aku. Kau bayar ganti rugi kat aku,” Nur Aidil Adha mulai buat tuntutan sakit pada Hairi. Ayam jantan itu dihulurkan pada Ekmal dan memintanya bawa ke hadapan. Serahkan pada Pak Cu.

“Kau tu yang semangat sangat. Aku ikut je,” langsung si Hairi itu tak mahu mengaku kalah. Lelaki penuh dengan ego setinggi langit.

“Blah laah kau!”

“Nur Aidil Adha, buatkan atuk secawan air kopi. Buat lebih sikit ya,” atuk mencelah dengan menggulung rokok daun di hujung tangga. Dia tahu apa yang sedang terjadi antara cucunya dengan pekerja kesayangannya itu. Jiwa orang muda, tengah berdarah manis katakan.

“Baik atuk. Kopi macam biasa ya!”

“Buatkan tuk saya sekali.” Hairi buat permintaan sambil bertenggek kat atuk dan melihat apa yang atuknya sedang gulungkan itu. rokok daun ker bentuk macam ni? Peliknya bebenar rupanya.

“Dengarlah jawapanku, buat sendiri!!!” Nur Aidil Adha segera berlalu pergi menghilang di dapur. Hairi tergelak lepas. Entah kenapa hatinya suka sangat lihat kemarahan perempuan itu dan yang penting lesung pipitnya. Menawan sekali.

******

Jam 7.00 pagi saat di pagi hari raya aidil adha menjelang tiba jua. Rumah atuk kembali hingar bingar. Hanya seorang sahaja diam terbaring di atas katil. Dia asyik berpusing ke kiri dan ke kanan sahaja bagi meredakan kesakitan yang sedang dialami.

“Perut sakit lagi ker?” soal Mak Cu, prihatin. Terpacul wajah Mak Cu di muka pintu. Minyak ubat dihulurkan pada anak saudaranya itu. Minyak gamat itu dibuka perlahan-lahan dan disapukan ke perutnya. Berangin semacam sahaja perut itu. Entah apalah yang salah di makan itu sehingga sakit memanjang sahaja.

“Hairi? Sakit lagi ker perut tu?” soal atuk pula yang sudah berpakaian lengkap baju mahu ke solat sunat hari raya aidil adha. Songkok dipakaikan di atas kepala.

“Sakit atuk. Maaflah atuk, tak dapat ikut nak sembahyang raya aidil adha. Takut perut makin meragam sahaja. Tadi pun solat subuh secara duduk saje. Perut tak leh nak tahan berdiri. Tak apa, kan atuk?.”

“Tak apa. Atuk faham. Rehatlah ya dulu. Nanti pastikan bangun tuk acara Qurban. Kamu wajib datang tengok tau. Nanti atuk mintak Nur Aidil Adha datang tengok kamu ya!”

“Eh, jangan atuk. Bukan muhrim tu berdua-duaan dalam bilik ni,” Hairi menegah pantas. Atuknya tersenyum lebar. Alhamdulillah, serba sedikit Hairi berubah ke arah kebaikannya. Nampaknya kehadiran hari raya aidil adha membawa sinar baru pada Hairi walaupun bukan sepenuhnya. Sedikit pun dah kira berbaloi-baloi.

*******

“Nah, kopi tuk kau. Minum dulu secawan,” seseorang menghulurkan secawan kopi yang baru siap dibancuh. Asap-asap pun masih lagi berkepul-kepul di ruangan udara. Minyak angin diberikan kepadanya. Tak padan dengan lelaki tau, cepat sahaja pengsan saat lihat darah lembu yang di qurbankan itu keluar.

Hairi mengangkat wajah. Pening loyanya masih lagi terasa kuat dalam celah kerongkong itu. Badan Hairi sudah terketar-ketar saat lihat lembu itu terkulai layu di pohon pokok renek itu. Darah membuak-buak keluar dari setiap lehernya.

“Hairi cepat loya pada darah. Hairi takut nak lihat darah lembu itu,” ujarnya berterus terang kenapa dia muntah-muntah tadi. Bukan niat mahu menakutkan, tapi dirinyan fobia.

Kemudian Nur Aidil Adha tergelak kecil. Nur Aidil Adha pun terduduk di bangku sebelah Hairi. Hairi masih lagi pegang kepalanya. Pening lagilah tu agaknya.

“Tak sangka ya kita berdua boleh kejar lembu tu satu padang bola sepak kan. Tu semua salah kau tau! Yang kau pergi leraikan tali pengikatnya, kenapa? Kan dah menyusahkan diri kau dan aku kena kejar balik lembu tadi tau.” Nur Aidil Adha menyalahkan Hairi pula akan isu hal tadi.

Kejadian sebelum itu terlayar kembali di ingatan Hairi. Gamat jadinya apabila lembu yang hendak diqurbankan mulai melarikan diri. Tapi, yang sebenarnya salahnya jua kerana terlupa nak ikat balik tali pengikat itu. Dek teguran dari Nur Aidil Adha lah buatkannya terleka. Ditambah pula dengan gaya penampilan Nur Aidil Adha yang kelihatan sangat berbeza sekali di pagi hari raya itu. 2 hari yang lepas, Hairi telah melihat seorang gadis kerbau yang tahan lasak dengan apa jua cara, tak pernah tahu erti takut pada lintah, pacat dan sewaktu dengannya. Tup-tup kini, di pagi hari raya Nur Aidil Adha telah berpenampilan keayuan muslimah yang sejati.

Rambutnya yang dahulunya mengurai kini sudah ditutupi dengan tudung yang berwarna biru. Baju dahulu yang kolot dengan berkain batik sudah berganti dengan sepasang baju kurung coklat berendakan bunga-bunga kecil. Sungguh luar biasa sekali.

“Booo Boo…”

Mereka berdua saling berpaling. Alamak, lembu dah lari. Itu kan lembu untuk qurban pada hari ini. “Semuanya salah kau tau. Kalau kau tak datang dan menegur aku, mesti aku takkan terlupa nak tambat ia balik,” Hairi memarahi Nur Aidil Adha.

“Aku pula yang salah? Kau tu yang kepala letak kat mana. Tahu nak berangan saja,” Nur Aidil Adha langsung tak mahu mengaku kalah dalam berdebat dengan seterunya itu.

“Lantak aku la, tu kan imiginasi aku. Ikut suka otak aku lah nak berkhayal apa pun,” Hairi tetap jua nak pertahankan dirinya. Terus Nur Aidil Adha mengejari lembu itu dan diikuti dengan Hairi dari belakang. Mereka berdua saling kejar mengejari lembu itu yang sedang menuju ke padang bola.

*****

Hairi tergelak seorang diri saat terkenang kembali akan takdirnya itu. Siapa sangka yang alahannya kecerewetannya pada suasana kampung sudah berubah. Imannya jua sudah berubah sepenuhnya. Dirinya sudah mengenali apa itu tikar sejadah. Hairi jua mulai dalam proses belajar mengaji alif ba ta dengan atuknya. Hairi tidak merasa malu kerana dirinya mahu lakukan apa sahaja demi mendalam lagi ilmunya mengenai agama islam.

Semuanya bermula pada insiden di mana keretanya kena sodok dengan si lembaq. Lembaq pun mengejarinya dan dia berkumban dalam air lumpur. 3 ekor sekali duk tumpang. Satu hari, badannya berbau busuk macam kerbau. Lepas satu bala, datang pula bala baru. Lintah pula duk miang-miang dengan dirinya di dalam seluar. Sampai sekarang, lintah tu entah ke mana. Masih hidup lagi ker? Kalau ya, Hairi nak buat tuntutan kerana telah mencuri darahnya. Tapi yang paling best, hatinya tergerak mahu solat. Solat tiang agama, tanpa solat bergegarlah tiang agama itu. semuanya berkat atuk yang tak jemu-jemu perli dan marah dirinya. Kini, hatinya selalu tenang dan bibirnya kian basah dengan zikir-zikir harian.

“Jauh termenung tu. Ingatkan siapa anak mama ni?” Datin Alaifah menepuk perlahan bahu anaknya. Hati ibunya sejuk sekali melihat perubahan yang dialami oleh Hairi dalam jangka masa singkat itu. Kuasa Allah Maha Menentukan segalanya. Hati yang selama ni keras, berjaya jua dilembutkan.

Lamunannya terhenti. Hairi tersenyum indah mendengar sapaan Datin Alaifah itu. Kini dalam ingatannya hanya ada satu nama sahaja. Nama pencipta yang kekal abadi buat selama-lamanya. Allah SWT dan Nabi Besar Muhammad SAW. Dan jua seorang yang mulai mahu menghuni hati ini. Adakah tuan punya badan itu tahu akannya?

Dia ada kat mana sekarang. Hairi sudah mula belajar rindukannya. Sungguh..amat-amat rindukannya.

“Assalamualaikum..” salam diberikan oleh seorang gadis manis itu. Datin Alaifah berpaling. Panjang pun umur dia, baru sahaja Datin Alaifah bersungut mengenainya dalam hati, kini dah terpacul depan mata. Semuanya kerana dia yang buatkan hati Hairi lembut dan mahu berubah.

Benar kata orang, lelaki berubah sekiranya ada wanita hebat di belakangnya. Hairi pun sama berpaling. Hajat dalam hatinya mahu membikin hati Nur Aidil Adha bengang sahaja dengannya, “Kau nak apa?”

“Aku bukan nak jumpa kau pun. Ni, mak aku ada kirimkan daging qurban buat keluarga atuk kau. Oklah, mak cik saya mintak diri dulu ya.” Huluran tangan diberi tanda menghormati orang yang lebih tua.

Daging itu disambut oleh Datin Alaifah. Lucu pulak lihat karenah mereka berdua itu. ada jodoh itu kalau sering bertengkar. “Ingat pesan mama.. sebaik-baik kejadian itu, pilihlah jodoh dari keturunan yang baik-baik. Mama dah tak sabar nak makan nasi minyak ni! Jangan tunggu lama-lama. Suka je terus pinang ya,” Datin Alaifah tersenyum manis dan bangun meninggalkan anak terunanya itu seorang diri.

Hairi terdiam sejenak dan mulai keliru dengan dirinya. Haruskah dia berbuat sekarang? Saat pandangannya angkat, si Nur Aidil Adha pun sama berpaling. Bagaikan ada tarikan gravity yang kuat antara mereka berdua.

Sempat lagi Nur Aidil Adha menjelirkan lidah padanya sebagai tanda mengusik Hairi. Yes, Hairi dah dapat jawapan yang pasti. Hairi pun bangun dan meneriak lantang.

“Nur Aidil Adha…”

Nur Aidil Adha berpaling dan terhenti langkah. Apa pulak yang tidak kena dengan si budak bandar itu? Sakit otak ker? Hairi segera turun dari rumah atuknya dan berjalan menuju pada Nur Aidil Adha.

“Nur Aidil Adha, saya Ku Hairi dengan ni ingin mengucapkan Selamat Hairi, raya Aidil Adha,” Hairi bermadah dengannya. Nur Aidil Adha itu jenis kaki blur. Apa entah yang diucapkan oleh si Hairi itu.

“Jawablah!” gesa Hairi spontan.

“Nak jawab apa? Kau tak tanya soalan pun?”

“Kan aku ada tanya tadi. Aku takkan ulang benda yang sama sebanyak 2 kali, ingat tu.”

“Apa yang kau merepek ni?” Nur Aidil Adha mulai bergerak ke arah si lembaq nya yang sedang meragut rumput. Kenyanglah si lembaq hari ini. Rumput pun ke semuanya masih panjang.

“Antara saya dan si lembaq, siapa yang kau akan utamakan?” soal Hairi dan membelai kepala si lembaq. Apa jenis soalan itu agaknya yang mahu dijawab oleh Nur Aidil Adha?

“Mestilah si lembaq!”

“Kenapa?” soalnya laju dengan rasa tidak puas hati.

“Sebab si lembaq takkan dapat lari laju dari kau. Kau tu suka lari laju. Bagaimana aku nak kejar kau, kan?” ujar Nur Aidil Adha dengan penuh seribu makna. Hairi tersenyum dan faham akan bahasa kiasan dari Nur Aidil Adha itu.

“Thank.. Hairi hargai sangat-sangat. Hujung tahun ni, kita ikat ya..ikat si lembaq kat pokok tau. Jangan kasi lari lagi..” perli Hairi dengan jelingan tajam. Hairi ni, masakan dengan binatang pun nak jeles. Nur Aidil Adha segera membuka tali ikat pada leher si Lembaq..

“Lembaq, kejar sama Hairi. Hairi kutuk lembaq tadi.”

“Booo..Booo…” Lembaq berreaksi panas baran. Hairi mulai berjaga-jaga, bila-bila masa sahaja si lembaq mahu sodoknya. “Laaariii….” Laju sahaja tangan Nur Aidil Adha ditarik sekali tapi dalam berlapik pakaian.

“Oii..kenapa aku jua yang ditarik berlari ni?”

“Sebab kau tu bakal isteri aku..jadi ni tengah praktik nak kahwin lari dulu sebelum kahwin sebenarnya kita nanti,” ucapan itu membuatkan Nur Aidil Adha malu sendiri. Janganlah awak, saya dah malu ni.

“Lembaq, cepat kejar kami berdua… kami dah selamat Hairi Raya Aidil Adha..” teriak Hairi dengan si lembaq mengejari dari belakang. Nur Aidil Adha tergelak lepas dan meleraikan pegangan tangan itu. Mereka berdua sama-sama berlari dalam rasa bahagia sekali. Oh dunia, aku dah temui cintaku pada-Mu dan juag cintaku pada bakal isteriku, Nur Aidil Adha..Terima kasih atas segala-galanya.. Kurniaan-Mu telah mengatasi segala yang tak mungkin menjadi mungkin..



******* TAMAT ********



P/S NOTA : Akhirnya siap jua cerpen bab 2 ni. Tak tahulah panjang ker tak..ni pun banyak idea yang diskip agar ceritanya tak menjadi meleret-leret. Buat kawan2 yang ikuti jalan cerita ini…inilah hadiah untuk anda semua..besok, ayu akan balik ke kampung halaman ayu di Terengganu..semoga perjalanan selamat..

Bagi yang mahu baca..bacalah..yang tak mahu baca pun tak kesahla…janji kita hepi..


Salam sayang dari Ayu

Noridayu,

4.07 am

4.11.2011

2 comments:

Afifah Yusof said...

Hahaha.. last dia lucu dan happy.. Lembaq pun faham2 aje.. cerita yang menarik.. terima kasih ayu.. ^_^

~Cik MI~ said...

Omel..... Suka... Like... Love... hohohoo

Nuffnang Ads