Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, October 5, 2011

The True Real Of E-Novel Minah Kampung, Encik Bandar 1 (a)

























Inilah jalan cerita yang sebenarnya akan E-novel Minah Kampung, Encik Bandar (MKEB)..ni rombakan bab 1 di mana banyak pembaca tegar yang keliru dengan bentuk jalan ceritanya. MKEB dalam FB Ayu tu sebenarnya adalah pertengahan MKEB. So, ayu akan paparkan Bab 1 MKEB yang sebenarnya serba sedikit sebelum full Bab 1 ni di dalam Penulisan2u. Ramai jua kawan-kawan FB Ayu request agar Ayu post MKEB dalam p2u.

Atas permintaan itu, Ayu berusaha jua akan post lam Penulisan2u kerana mahu tahu apa pula reaksi kawan-kawan online yang lain..so, Enjoy ya The Real One of MKEB...


**************************************


Minah Kampung, Encik Bandar 1

1.


Di dalam library yang serba kedinginan, seorang student PHD sedang tekun sekali membelek buku fotografi bertajuk ‘How To Photograph Absolutely Everything Successful Pictures From Your Digital Camera’ hasil nukilan jurufoto yang terkenal. Nice buku ini, gambar-gambar dan kandungan jua turut menarik sekali.

Tangannya ligat sekali membelek satu persatu helaian yang ada. Semua gambar ini menarik minatnya untuk mendalami lagi ilmu bidang fotografi ini. Gambar yang diambil cukup indah dan cantik. Teknik cara pengambilan jua cukup kreatif sekali. Sudut pandangan itu membuatkan gambar ini menarik untuk dilihat. Memang benar-benar Indah! Cantik!

“How I wish become like this! Take the picture and impress with it!” ujar E-an dalam sifat keterujaannya. Sejak dari kecil lagi, minat E-an lebih tertumpu mendalam dalam bidang fotografi. Ada sahaja gambar yang mahu dirakam dan disnap oleh kamera handphonenya.

Namun, dek kekurangan pembiayaan kewangan dalam bidang ini, E-an hanyalah mencuri-curi masa belajar bidang ini melalui pembacaan ilmiah dan jua buat ulangkaji dalam internet. Bagi, E-an..dengan gambar kita boleh mengekspresikan pelbagai rasa dan perasaan. Bagaikan dilahirkan dalam satu alam yang baru sahaja.

E-an segera bawak buku itu menuju ke tempat bangku yang tersorok dari gangguan student lain. Privasi itu sangat penting sekali lau menghayati dunia fotografi ini. Feel mesti nak rileks dan segar tanpa bunyi-bunyi asing.

Sebuah buku melayu turut menarik minat E-an untuk dieksplotasi dunia ini yang bertajuk ‘Asas Fotografi Digital’ yang dinukilan oleh Iskandar Ab.Rashid dibelek sekali lalu. Boleh tahan jua buku keluaran dari warga melayu ini. Banyak info yang berguna diwar-warkan dalam buku setebal ini.

E-an leka dengan kerancakan ilmu yang membuak-buak dalam buku fotografi ini. Sesekali, jemari halusnya menekan Scroll laptopnya bagi mencari lagi ilmu tambahan di jaringan perhubungan internet. Manalah tahu, dapat 2 dalam 1 kan ilmu pengetahuan..

‘You have one new email’

Suara notification berkumandang kecil dari laptop Apple itu. Ketekunannya menilik helaian gambar ini terganggu dek suara ini. “Arghh kacau betullah, baru nak amik feeling bagaimana nak fotogarafi ni!”

Pantas jemarinya menutup buku setebal ini dan mulai bergerak menekan butang scroll ke atas. E-an membuka kembali laman web Hotmail dan tekan Sign in.

10987 new email.

What? 10987 email? Banyak gila!.. Seharian pun takkan dapat baca kesemua email yang masuk ini. Bebola matanya terbuntang luas saat melihat jumlah senarai email yang masuk. Banyaknya email yang belum dibukak oleh E-an. Terlupa pulak nak check email.

Ditekannya button symbol email ini dan berbaris keluar semua email. Kebanyakkan email yang ada dari kawan-kawannya dan jua professor. Kemudian E-an bagaikan terfokus pandangan pada satu email ini dari pengirim ‘FF@hotmail.com’

Bukankah tu nama email peribadi abang E-an yang sulung ker? Perkataan ‘URGENT’ tu menarik perhatian E-an untuk segera buka email ini. Ada berita baik ker kat Malaysia? E-an ingin sampaikan rasa keterujaan ini kepada kawan baik. Aik? Tiada? Kawannya itu ke mana pulak ni?

Melilau anak matanya mencari seseorang, di mana sepatutnya Suraya ada di depan mejanya tapi ternyata bangku ini kosong tanpa orang duduk atasnya. Sejak bila Suraya pergi tanpa maklumkan padanya. Musykil in! Mata E-an melilau pandang sekeliling, kot-kot si Suraya ini ada bertenggek kat mana-mana. Tak ada!

“Tak ada pun! Mana pulak perginya ni? Macam chipmore betullah!” gumam E-an dengan seribu perasaan geram dalam hatinya. E-an kembali fokus kembali pada kerjanya tadi, mahu memeriksa emel.

Ditekan scroll down dan up agar email abang E-an itu muncul sekali lagi dalam inboxnya. Saat tangannya mahu click email itu, terpacul satu senyuman manis yang memekarkan lagi senyuman E -an. Panjang sekali lirikan senyuman E-an ini saat menatap kunjungan email ini.

“Abang hantar email. Tak pernah-pernah mencemar duli hantarkan email buat adik comelnya yang berada di perantauan asing ni. Tentu ada berita baik nak disampaikan!” ujar E-an dalam hati. Rasa teruja kian bersatu dalam jiwanya.

Apa pula mimpi abangnya hantar email. Dah up to date nampaknya abang E-an rupanya, taklah selalu dipanggil lelaki kuno. Sebelum E-an membuat beribu andaian, baik dibuka jer terus email ini. Lagi senang, tak payah nak sesakkan otak ini.

Isi kandungan email ini dibaca perlahan-lahan dengan penuh penghayatan. Penuh debaran bersarang dalam hatinya. Degupan jantung kian kencang berdegup apabila isi kandungan emaik ini mulai difahami. “Ayah!” seru E-an spontan.

“Ayah!” serunya lagi dalam kedinginan air cond ini yang kian mengcengkam hatinya. Ada sendu mulai menjalar dalam diri E-an. Pilu kian menghadirkan diri di saat jiwa mulai berlagu sedih. Kelopak matanya sudah mulai ada takungan air mata. Hanya tunggu masa dan saat mahu merembes keluar sahaja.

‘Ayah masuk ICU!” 3 baris kata yang membuatkan E-an rebah semangat dan terkedu. Hilang sudah keterujaannya ini. Diragut dengan hanya 3 kata itu sahaja. Insan yang disayanginya kini terlantar di hospital. Bagaimanalah keadaan ayah sekarang.

3 kata ayat yang sangat mudah untuk difahami. Tiada pro dan kontra dalam ayat-ayat kiriman email abang sulungnya ini. Sekali baca sahaja, E-an direntap penuh kerisauan. Ibu! Bagaimanalah ibu hadapi situasi mencemaskan ini. Ibu tentu tengah bersedih dan mesti setia menemani ayah di hospital.



*sedikit bab pengenalan MKEB sebelum di postkan dalam penulisan2u..harap enjoy ya MKEB yang sebenarnya...

Like it?

Komen yaa...ayu nak tahu jua apa feedback anda semua.. jangan diam sahaja..heh heheh...

1 comment:

Nurfazzy said...

wahh....next..next...

Nuffnang Ads