Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, September 8, 2011

Temu Janji Cinta Now!!! 7





















TEMU JANJI CINTA 7

Bab 7

“Kamu memang sengaja, kan?” Soal Bakery sambil membelakangi Kaseh. Riak wajahnya tiada menggambarkan apa-apa reaksi. Kaseh keliru sama ada si Bakery Muzairy William (BMW) itu sedang marah ke ataupun hanya sekadar bertanya? Kaseh lantas berpaling ke arahnya. Kasut mulai dipakai ke kaki dan mulai mengorak langkah menghampiri Bakery ke kereta. Pintu rumah di kunci dengan mangga.

“Apa ni bos? Asyik suka sangat menuduh saya pula?” sengaja Kaseh mempersoalkan balik soalan itu. Dia tahu apa yang dia sedang perkatakan itu. Biarlah, itu kan hak Kaseh. Hak asasi Kaseh dalam berpakaian. Siapa dirinya mahu menghalang cara Kaseh berpakaian. Kaseh menjawab dalam hati.

Benar, Kaseh Armia memang sengaja berpenampilan sebegitu. Hatinya sakit berbaur geram sekali dengan sikap lelaki berjawatan boss itu. Suka sangat menyalah gunakan kuasa yang ada. Kalau Kaseh saman dia tu, agak-agak dapat tak 1 juta? He he he..gila wang ke, Kaseh?

“Kamu jangan nak buat tak tahu pula. Saya tahu apa yang ada dalam fikiran kamu tu. Kalau tak suka nak keluar temu janji cinta dengan saya pun, pakailah yang elok sikit!” dia mengerling sekilas kepada gaya penampilan Kaseh. Aik, tidak sudi pandang ke cik abang? Malu lah tu.

Lelaki manalah yang sudi pandang perempuan berpenampilan hodoh bak ugly Betty. Sedangkan kerana sikap lelaki, sesetengah wanita menjadi sebegitu. Jadi, jangan nak berlagak sombong dengan kaum wanita. Mereka jua ada perasaan, hati dan rasa untuk dihargai dengan adil.

BMW pun segera masuk ke dalam kereta dengan seribu rasa amarah dalam hati. Kaseh perhatikan sahaja ragamnya itu. Langsung tidak menjemput Kaseh masuk. Kaseh buat-buat degil di luar. BMW geram, lalu menekan hon dengan kuat.

“Opocot!” Kaseh melatah kecil dan terlompat sedikit kerana terkejut.

BMW tergelak kecil. Kaseh tu boleh tahan kelakar jua. Melatah jugak si Kaseh itu rupanya. Baru BMW tahu akan rahsia itu. Rasa marah dan geram tadi berlalu pergi saat lihat wajah memuncung dari Kaseh.

“Tak nak masuk ke? Atau nak kasi darah tu pula kat nyamuk jantan ke? Usik BMW sambil kepalanya menjengah keluar. Kaseh tarik wajah. Kemudian di telinganya, ada bunyi nyamuk datang. Ia mai dah..

“Jaga-jaga, tu nyamuk jantan dan marathon datang nak amik darah Kaseh pula. Baik cepat masuk sebelum berkati-kati darah Kaseh pula berkurangan!” bertambah-tambah usikannya. Kaseh termakan dengan usikannya dan berjalan dengan kaki terhentak-hentak di tanah.

Pintu kereta dicapai dengan kasar. Kaseh memboloskan dirinya ke dalam kereta. Haruman dalam kereta itu segera menyengah masuk dalam deria pernafasannya.

“Pandai pun masuk sendiri. Kalau berdegil lagi, saya mahu je dukung Kaseh masuk ke dalam kereta. Degil tapi keras kepala! Nasib baiklah hati saya ni sayang sangat-sangat pada Kaseh!” dalam duk puji Kaseh, sempat lagi mengutuknya. Tak sukalah!!!

“Better shut up, before Kaseh going back to my home!” sinis Kaseh membahaskannya. Orang dah ikut, dah kira mujur tau. Kaseh geram sekali dengan Bakery itu.

BMW mengelengkan kepala. Kaseh memang keras kepala bak arca besi yang ada di dunia itu. Kenapakah Kaseh bersikap sedemikian, itulah yang mahu Bakery cari akan punca asalnya.

Kereta dihidupkan perlahan-lahan. BMW memberikan isyarat mahu keluar. BMW pun meluncur laju membelah kepekatan malam itu. Kaseh membekukan dirinya. Tengah mogok cakap dengan Bakery katakan.

“Kenapa Kaseh jadi begini?” soal Bakery menyoal setelah lama mereka berdua terdiam. Nada suara jua sudah tertukar semakin lembut dan mengasyikkan di pendengaran telinga Kaseh.

‘Janganlah buat suara seromantik begitu, boss. Saya khuatiri saya akan terjatuh hati pada boss.. si Zairey saya nak letak kat mana?’ monolog Kaseh dalam hatinya. Hati Kaseh meronta-ronta mahu tatap wajah bersih BMW yang dikatakan ada iras Baim Wong, pelakon sinetron Indonesia itu. Tapi, kehendak hatinya menghalang. ‘Tahan hatimu, Kaseh. Jangan terlampau tampak beria-ria sangat tu!’

“Kaseh..sayang..jangan diam sebegini. Sepilah saya tanpa kata-kata dari Kaseh. Saya mintak maaf ya. Saya terlepas cakap. Maafkan saya, ya!” BMW mengaku kalah dalam kedegilan Kaseh itu.

Kaseh buat ‘donno’ dan paparkan wajah selamba. BMW berpaling sekilas. ‘Belum baik lagi ke angin putting beliungnya kah?’

Kaseh biarkan soalan itu tanpa jawapan. BMW kembali berpaling ke hadapan. Laju sahaja tangan Kaseh menurunkan cermin yang ada atas dan melihat figura badannya di biasan cermin kecil kereta itu. Kaseh tengok elok sahaja penampilan Kaseh.

Bukannya Kaseh pakai baju yang terdedah sana-sini di bahagian dada, lengan, paha ataupun kaki. Itu pun nak emo. Tak hensemlah beremo-emo itu tau.

“Salah ke saya berpakaian begitu? Kan pakaian sebegini menutup aurat!” spontan ayat itu keluar dari bibir munggil yang ceria dicalit lip ice. Entah apalah lagi yang tidak kena dari kaca matanya. Derusan nafasnya kedengaran dilepaskan kasar. Aik, marah lagi ke?

“Tak salah pakaian itu. Awak tu yang salah!” tekannya lagi sambil anak matanya langsung tidak menatap wajahku. Al maklumlah, kan Kaseh sekarang itu dah jadi wanita paling…hodoh di dunia.. he he he..

“Apa saya pula yang salah?”

“Tu..apa tu?” tangannya menuding ke arah sesuatu yang berada di atas kepalaku. Kaseh angkat tangan dan pegang benda itu. Tak ada apa-apa pun, hanya ada rambut aje. Jangan-jangan dia ada nampak kutu kot atas rambut Kaseh? Kutu? Binatang alah tu. Biar betul..

“Apa?” kening kian bertaut rapat. Apa maksud dia? Apa tu tu tu? Kaseh dah pening tau melayani karenah dia di hujung minggu itu. Ingatkan hanya waktu pejabat sahaja mengadap wajah ketat dia. Tetapi, hari minggu pun kena. Apalah nasib badan.

“Arghh..,” jeritnya kecil. Tersentak Kaseh dibuat angin kus-kus dia. Aslan datang dah time macam itu. Siaplah Kaseh. Kena bambunlah dengan ayat-ayat beracun dari bibirnya itu.

Tadi BMW sudah meminta maaf, kini mengamuk pulak. Siapa pula yang beremosi itu. Kaseh ke ataupun BMW? Kaseh hanya melihat sekilas di kerusi sebelahnya. Wajah BMW sudah berubah warna. Warna yang Kaseh tak mahu lihat dan rasai. Serik tau.

Kaseh biarkan sahaja emosi dia itu macam air pasang surut. Malas nak ambil tahu sangat. Kaseh pandang kembali gaya penampilan itu, Kaseh cuma berpakaian dengan gaya yang agak kuno lah sikit iaitu berambutkan bertocang dua, serta diserikan dengan kaca mata yang besar. Ala-ala, yang sebiji macam penampilan Betty cerita Yo Soy Betty La Fea tu..nak tahu, pergi search dalam Youtube. Konfem ada lagi cerita Columbia itu.

Kaseh yang berpenampilan sebegini pun dah berbakul-bakul tergelak-golek sakan di dalam biliknya sendiri, apatah lagi sekarang. Wajah dia yang cemberut itu memang buatkan hati Kaseh puas hati sangat-sangat. Padan dengan muka dia. Menjadi jua plan Kaseh spontan itu.

Kalau nak tahu, memang kontra sekali penampilan mereka berdua itu. Satu berpakaian Polo dengan kasualnya. Kacak!, Kaseh tak nafikan yang dia pandai memilih penampilan yang bersesuaian dengan dirinya. Tabik spring Kaseh dibuatnya. 99% Kaseh berikan markah untuk penampilannya.

Yang tak kontranya adalah penampilan Kaseh. Sebiji pulak seperti The beast ngan the beauty.

“Kaseh..Kaseh, agak-agaklah kalu nak kenakan saya pun. Kasilah klue sikit.” Suaranya bergema setelah anginnya ok.

“Sejak bila pula saya ada mengenakan encik?” Kaseh tetap tak mahu mengalah dalam semua kata-katanya. Eh, mana boleh mengalah. Kaseh itu pantang menyerah kali. Harus berjuang berhabis-habisan.

“Sejak 10 minit yang lepas!” jawabnya sepintas lalu menekan pedal minyak dengan laju. Nada suaranya sudah berubah rentak. Kaseh tahu, itu adalah nada suara dia dalam kemarahan terlampau. Habislah Kaseh. Tak kan selamatlah Kaseh kali itu.

Keretanya sudah mulai bergerak had laju bak Formula One di litar sepang. Kaseh tersentak lalu mencapai apa yang ada agar dirinya tidak terhumban keluar dari kereta mewah dia punya.

“Boss ni nak pergi mati ker?”

Dia diam, namun had laju kereta itu semakin meninggi. Apa pulak yang tidak kena dengan dia itu? Dia pula tidak menjawab pertanyaan Kaseh tadi. Dia rela biarkan soalan itu sepi sebegitu tanpa jawapan.

Yang paling Kaseh gerunkan adalah, semua jenis kereta dipintas olehnya. Yang makin bertambah lagi kecut perut tu, dua lori treler dipotongnya dalam hanya masa beberapa saat sahaja. Adakah anda dapat bayangkan berapa km/j yang dia gunakan tu? Dan jangan nak tanya pada Kaseh, berapa km/j itu sebenarnya. Kaseh takut…takut Kaseh liku-liku kepala dia dengan kasut bertumit kecil Kaseh itu.

Geramnya..dia tu kena sawan ker apa nak bawak kereta laju-laju? Kaseh tatap ke hadapan. Mak..!! Mataku kian membulat besar, mana taknya di hadapan kereta mereka berdua ada dua buah bas ekspress iaitu bas Sani Ekspress dan bas Tasik Kenyir. Kaseh pandang pada wajahnya sekilas.. dan berkata perlahan..

“No..no..n…o!” dan..zusss.

Dia memotong kedua-dua bas itu sekali menekan pedal minyak oleh deruan enjin keretanya. Bunyi hon kedengaran agak nyaring dari pemandu bas kerana kereta itu mulai membahayakan pemandu yang ada di situ. Macam mana tidak bahayanya, dia memotong di bahagian satu selekoh yang tajam.

Wajah Kaseh sudah pucat, rasanya hendak tercabut hati itu dan berikan sahaja kepadanya. Kalau Kaseh ketuk kepala dia dengan besi, boleh tak? Besi pengadang di tepi jalan raya, boleh kan?

Dia pandang ke arah Kaseh. Dia ternampak akan riak-riak manik peluh menahan ketakutan yang amat sangat akan cara pemanduannya itu. Dia mulai tergelak dalam hati. Tahu takut, berani lagi buatkan dirinya marah. Tu baru sedikit ajer..ha ha ha ha.. tangannya ligat sekali membelok ke arah kanan dan lalu menekan brek dengan mendadak.

Zrekk..bunyi brek ditekan mendadak. Berdecit tayar kereta menahan gegaran itu. Jalan pun dah hitam dek kelajuan yang terhenti dengan mendadak. Dia tayangkan wajah selamba. Ambik kau. Itulah pemanduan F1 dari litar sepang oleh kereta berjenama BMW buatan di Malaysia.

“Ok, kita dah sampai!”

“Ahh?” benar, Kaseh benar-benar pelik dengan sikap dirinya itu. Dia terdiam lagi dan terus menekan butang di tepi kerusi agar seat belt terbuka . Pintu keretanya dibukakan luas.

Manakala diri Kaseh pula masih kaku lagi dalam kereta. Mana taknya kaku, terasa ajalnya mahu tercabut sahaja tadi saat dia bawak kereta macam kereta F1 di litar sepang.

Kalau hendak pergi mati tu, janganlah bawak Kaseh sekali. Kaseh tidak kahwin lagi tau. Geramnya bebenar Kaseh dengan lelaki seperti itu. Suka buatkan hati itu terjatuh sakit, geram, benci banyak kali tau tika bersama dengannya. Malang selalu datang bertimpa-timpa.

“Tak reti nak keluar ke? Ataupun nak dibukakan pintu macam tuan puteri pulak ke?” kepalanya menyengah di sebalik pintu kereta sebelah. Cermin keretanya diketuk secara kasar. Kuss semangat Kaseh dengan sergahannya itu. Berbisa bebenar ayatnya.

Kaseh merengus kecil. Mentang-mentang itu keretanya. Hendak berlagak dengan Kaseh. Kejap ya..! Kaseh pun segera menekan butang selt belt itu lalu membuka pintu kereta dengan kuat. Sengaja Kaseh buat sebegitu agar pintu keretanya itu terkena pada badannya.

“Ouchh..”

Yess, Kaseh berjaya dengan acara mission impossible itu. Wajah Kaseh tunjuk riak seolah orang tak bersalah di kaca matanya. Hipokritnya Kaseh dengan dirinya sekarang itu.

“I’m so sorry, encik. Saya ni memang sengaja nak bukak pintu kuat-kuat.!” Perli diri Kaseh sekilas sambil cuba membetulkan kaca mata besar ala-ala Betty itu yang sedikit terjatuh di anak hidungnya. Kaseh sengaja paparkan lagi akan kehodohan wajah dari tirai pandangan kaca mata Bakery.

Pandangan geram dirinya ditujukan buat diri Kaseh Dia merengus kasar dan mengosokkan bahagian perut dan lengannya yang terkena akan insiden kecil tadi.

Kaseh tersenyum kecil. Anak mata Kaseh melarikan diri sekejap arah biasan kaca cermin dari luar. Mata Kaseh membulat, itu Kaseh kah yang sedang berdiri di situ? Aduhai, kenapa dengan wajah Kaseh sekarang itu? Ada banyak sekali kesan tompokkan comot segala bagai di wajah Kaseh dek terkena air peluh ketakutan akan hal tadi itu.

Kaseh pun segera mengambil kesempatan itu dengan touch up kecil mengikut imej di biasan kaca kereta itu. Jemariku ligat sekali menarik beg sandang Kaseh dan mengeluarkan mana-mana yang patut untuk membaiki kesan comot itu.

Gincu Avon ditarik keluar dan dipusingkan gincu itu. Muncung Kaseh kian memuncung dan menampakkan bibirnya yang seksi. Perasannya Kaseh. Ada hati mahu dapatkan bibir seseksi Angelina Jolie tu.

Gincu Avon yang berwarna merah terang itu ditenyehkan pada bibir Kaseh. Kaseh sengaja memerahkan lagi akan warna bibir Kaseh yang tersedia merah. Itu barulah sesuai. Merah kan tanda berani. He he ..entah betul ke taklah itu.

Kali itu, giliran maskara dari Maybeline pula akan menjadi mangsa Kaseh. Bulu mata pun sama semakin dilebatkan lagi, eye liner, pemerah pipi pun sama. Yang paling penting sekali, bedak asas compact ditebalkan lagi di wajah Kaseh. Barulah kena dengan penampilan seorang wanita yang hodoh. Biarkan dia akan terasa malu mahu berjalan dengan Kaseh. Puas hatiku.

Kaseh tahu yang setiap gerak gaya Kaseh tetap diperhatikan oleh dirinya dari belakang. Kaseh perasan akan riak-riak tak puas hati di wajahnya. Kaseh bersorak gembira kerana berjaya jua buatkan dia bengang dengan diri Kaseh. Mahu sahaja peristiwa hari ini di diarikan dalam laptop aku. Hari ini dalam sejarah, dia bengang dengan Kaseh.

*****

bersambung

No comments:

Nuffnang Ads