Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, September 29, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 21

Bab 21




Ayah dan ibu pegang erat tangan E-an. Sayu hati tua melihat anak kesayangannya ini terbaring lemah di katil hospital Ampang Puteri ini. E-an kini ditempatkan di wad kecemasan kerana disah ada penyakit yang boleh membahayakan nyawanya.

“Boleh saya bercakap dengan Pak Cik Haji Erzaman.” Sapa satu suara garau di talian. Ayahnya yang baru selesai solat, menjawab panggilan ini.

“Ya, bercakap. Ada apa ya?”

“Saya nak maklumkan yang Izyan sekarang ni berada di hospital Ampang Puteri. Saya yang menjumpainya dalam keadaan tak sedarkan diri di tengah jalan!” ujarnya akan tujuan sebenarnya menelefon.

“Apa? Izyan di hospital?” ayah E-an memegang erat dadanya. Degupan jantungnya berdegup kencang saat menerima berita buruk ini.

“Abang, kenapa ni? abang. Rehatlah dulu. Jangan banyak berfikir. Abang tu baru kena serangan jantung!” Isterinya bersuara cemas.

“Izyan...Izyan..”suaranya bertukar menjadi lirih. Dirinya menjadi beremosi dan menyukarkan kata-katanya. Pantas isterinya menyambut telefon rumah ini. “Hello, kenapa dengan Izyan?”

“Apa? Ok, kami akan datang sekarang!”

“Abang, kita ke hospital sekarang jugak!” gesa isterinya dan terus kelam kabut sekali mundar mandir dalam rumah ini.

“Assalamualaikum..” sahut satu suara dari luar rumah. Siapa pulak yang datang masa tengah genting ini. Dijenguhkan kepalanya ke luar, rupanya anak menantunya ada pulang.

“Bagus jua kamu balik. Cepat bersiap, kita nak ke hospital sekarang jugak!” ibu E-an memberitahu kepada abang E-an yang duduk jauh di Perak, di Manjung.

“Kenapa ibu? Ayah kena serangan jantung lagi ker?” soalnya di muka pintu.

“Bukan ayah kamulah. Adik kamu, E-an!” ibunya menyakinkan abang E-an lagi. Abangnya sudah terbeliak mata. E-an masuk hospital. Sungguh luar biasa sekali ini. E-an tu anti gila dengan bau hospital.

“Kenapa dengan E-an?” laju perihal adiknya ditanya. Isterinya sudah datang dengan air minuman dari dapur. Baginya, hal adik nya ini lagi penting dari menjamu selera.

“Dia pengsan tengah jalan. Sekarang ni ada kat hospital. Jom, kita ke sana sekarang jugak!”

“Ayah nak ikut!” sampuk ayah yang dari tadi asyik silent sahaja. Nafasnya jua kian tercungap-cungap kerana memikirkan hal Izyan.

“Abang duk kat rumah ajerlah, wajah abang pucat tu!” abangnya bagi keputusan bagi pihak ibunya. Ibunya sudah masuk menyalin pakaian.

“Tak nak, ayah tetap jua nak ikut. Dah lama kita tak jenguk E-an. Ayah rindukan E-an!” nekadnya walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Hanya gelengan sahaja diberikan sebagai perangai degil ayahnya ini.

“Jom, E-an perlukan kita sekarang!” mereka semua bergerak pergi menuju ke hospital Ampang Puteri. Isteri abang E-an tidak ikut sekali kerana menjaga anak mereka yang masih kecil. Semoga E-an tidak apa-apa.



******************************************


“Nak, kenapa perlu pendamkan semua ini sendirian? Kenapa?” luah ayah sambil mengucup perlahan jemari E-an yang sejuk bak ais. Setibanya di hospital, berlari anak-anak abang E-an. Ibunya pula melangkah laju dengan memimpin erat tangan suaminya.

“E-an, bukalah mata tu. Ibu ada datang, sayang!” rayu ibu pula dan mengurut lembut lengan E-an yang penuh dengan wayar di sekelilingnya.

“Abang, anak kita ada sakit apa-apa ker? Kenapa perlu ada banyak wayar di badannya?” syak ibu apabila hairan dengan wayar yang berselerak ini. hati ibunya mengatakan sesuatu. Masakan E-an ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan mereka sekeluarga.

“Yelah, menurut pemuda yang hubungi kita tadi, dia Cuma cakap yang E-an jatuh pengsan di tengah hujan yang lebat. Takkan pengsan pun boleh jadi sebegini?” ayahnya pula mengutarakan persoalan. Keduanya tertanya-tanya sesama sendiri.

“Mana pulak.budak Firdaus Fikri ni perginya. Lama betul bincang dengan doktor.” Gusar hati naluri seorang ibu terlalu kuat dalam hatinya. Ya Allah, lindungilah anakku dari sebarang penyakit yang membahayakan nyawanya.

“Abang, saya takutlah E-an ada sembunyikan apa-apa dari pengetahuan kita! Hati saya asyik syak sesuatu saja!” isterinya merebahkan kepala di dada bidang suaminya ini.

“Kita berdoalah semoga E-an selamat. Mungkin ni prosedur biasa sahaja. Kita bukan doktor nak tahu apa penyakit sebenar E-an!”

Pintu dikuak dan Firdaus Fikri masuk bersama-sama dengan doktor dan seorang lelaki lain. Mungkin dia ini yang menelefon kami sekeluarga tadi. Wajah Firdaus Fikri murung sekali.

“Fir, apa cakap doktor? Adik kamu tak apa-apa kan?” digoyangkan bahu Firdaus Fikri. Ayah pun sama mengoyangkan bahu anak lelaki sulungnya ini.

“Ibu, ayah. Harap ibu dan ayah bersabar, dan terima berita ni dengan baik. Sebenarnya E-an disahkan ada penyakit yang boleh meragut nyawanya. Dulu, pihak doktor hanya syak sahaja. E-an tahu akan apa penyakit itu tetapi enggan buat pemeriksaan susulan. Kini, penyakit tu dah merebak dan berada di tahap kritikal. Sekiranya kita ada penderma, nyawa E-an boleh diselamatkan!” panjang lebar Firdaus Fikri memberitahu hal ini.

“Apa?”

“E-an...”suara terus tenggelam dan ayah jatuh di situ jua. Kesemuanya meluru mendapatkan ayah E-an yang terbaring lemah.

“Cepat, panggilkan doktor. Firdaus berteriak lantang dan pemuda itu bergegas mencari doktor. Dikipaskan dan dibuka butang baju agar ayahnya dapat bernafas dengan tenang.

“Ya Allah, E-an. Kenapa merahsiakan penyakit ni dari pengetahuan kami? Ya Allah, selamatkanlah anakku ini!” pohon ibu dengan mengibas suaminya ini. Firdaus Fikri sudah tersandar di dinding.

“Doktor dah sampai!” maklum satu suara dari belakang.

Terlupa pulak mahu tanya siapakah nama pemuda yang budiman ini. Dari raut wajahnya, dia tentunya bukan orang sini. “Maaf ya nak, terlupa pulak nak tanya nama anak!”

“Takpe, saya tak kisah. Saya ni kawan lama Izyan, senior Izyan masa di Universiti kat luar negara dulu! Nama saya...”

Mesin nyawa berbunyi..ting..ting.. kesemuanya melihat ke arah E-an yang sedang senak menahan nafas. “Ya Allah, E-an!!”

“Doktor, anak saya! Tolong check anak saya, doktor!” kesemuanya meluru ke katil E-an. E-an sudah tercungap-cungap. Doktor menarik langsir dan kami semua menanti dengan penuh debaran.



Bersambung...
Like it.

3 comments:

NurAnisah said...

yeesss ! adakahh ituu QEYY? tpi nape pendek sgt??

Nick Ina said...

uwaaah!Ean!!!kenapa ni?Ean..!!!dah nak...uwaah..jangan laaa. jadi betul pemandu tu QEY erk?apa yg terjadi kt ean?ayah ean?ala...pendek lah pulk bab ni..Erfan!kalau jadi ap2 kat Ean memng aku bt kau K.O terus..huhuhu

zura asyfar said...

huhuu........sediiiihnye..

Nuffnang Ads