Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, September 26, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 15

Bab 15



Erfan memeluk tubuhnya dengan kemas. Kesunyian di malam ini amatlah mencengkam dalam dadanya. Borhan sudah lama pulang ke Kuala Lumpur. Abang Qey turut jua sama sudi menghadirkan diri di majlis pertunangannya ini.

“Erfan..” sapa satu suara dari belakang. Erfan berpaling dan tersenyum menatap wajah itu.

“Apa yang dimenungkan lagi tu? Kan semuanya berjalan dengan lancar?” soal Abang sepupunya, Qey. Qey telah menerima dengan pasrah yang kini E-an akan menjadi sebahagian dari ahli keluarganya. Cintanya hanyalah bertepuk sebelah tangan sahaja.

“Erfan cuma bimbang dengan keselamatan tunang Erfan. Abang tengoklah sendiri, awal-awal kami nak bertunang pun sudah ada yang dengki sampaikan E-an diculik. Nasib baiklah E-an tu spesis otak kancil, kalau tak, meranalah Erfan sendirian!” ujar Erfan dengan keluhan panjang.

Peristiwa yang terjadi pagi Jumaat tadi amat merunsingkan hatinya. Kini keselamatan E-an sudah menjadi tanggungjawabnya. Apa jua berkaitan dengan E-an, perlulah diambil kira.

“Sabarlah dan banyak berdoa agar kalian berdua bersatu dan saling berpegang pada janji tau. Abang akan sentiasa sokong dari belakang.” Qey menepuk perlahan bahu Erfan.

“Abang Erfan…” seseorang memanggil dengan penuh manja. Erfan dan Qey berpaling. Laa..dia rupanya. Qey segera bangun dan membiarkan Erfan berdua dengannya.

“Abang buat apa kat luar ni?” soal Rafeda dengan suara yang sengaja dimanjakan. Erfan tersenyum manis. Erfan jua terkejut apabila melihat Qey datang bersama dengan Rafeda, adik sepupu sebelah mamanya.

“Ambil angin sikit!”

“Nape tak pakaikan baju sejuk. Tengok, bulu roma dah menegak tu. Sejuk tau angin kat kampung ni tau!” Rafeda menyentuh lembut bahu Erfan, Erfan hanya membiarkannya sahaja.

“Nak Eda ambilkan sweater ker abang? Nanti kena demam tau kalu berembun kat luar ni!”

“Tak payahlah, menyusahkan Eda ajer. Abang dah biasa berembun kat luar ni. Eda dah lama ker sampai kat Malaysia ni?” soal Erfan yang baru berkesempatan berbual dengan adik sepupunya ini. Tadi, Erfan sibuk melayani tetamu yang datang ke majlis pertunangan mereka.

“Eda baru sahaja sampai ke Malaysia pagi tadi. Eda mencari abang, pastu jumpa dengan Abang Qey. Dia yang beritahu yang abang Erfan bertunang pagi ini. Terus kami datang sekali!” ada nada sayu dalam suaranya. Kenapa abang Erfan cepat sangat bertunang? Bukankah dulu abang Erfan pernah memberitahu yang Erfan sayangkan dirinya?

“Ohh..tentunya penatkan. Jauh tu datang ke sini, dalam 8 jam tau duk dalam kereta ya, keciannya adik kesayangan abang ni!” diciutnya anak pipi Fareda ini. Fareda tersenyum manja dan memegang jemari abang Erfan.

Dibawanya ke bibirnya dan dicium penuh kudus. Erfan terkejut dan tidak mengesyaki apa-apa kerana dia hanya menganggap Fareda ini macam Erisya. Adik sepupunya memang suka cium tangannya.

“Aduh..”

“Nape ni?” soal Erfan, prihatin dan tatapnya tajam.

“Tetiba terasa ada pasir masuk dalam mata. Tolong tiup jap, abang. Pedih ni!” pintanya dengan penuh manja. Matanya dilirikkan ke belakang. Ada seseorang sedang menuju ke sini. Seseorang yang sememangnya Fareda nantikan.

Erfan tanpa syak wasangka terus meniup dengan perlahan-lahan di kelopak mata itu. Fuhh!!! Tangan Fareda sengaja memegang erat tangan Erfan dengan kemas seolah sakit sangat matanya masuk habuk.

“Dah ok tak?”

“Tak pun. Abang tiup sekali lagi!” dimainkan bebola matanya ke kiri dan kanan sebagai tanda ingin lihat sama ada insan itu sudah sampai ke belum? Apabila kelibat insan itu kian menghampiri, rengekkannya semakin menjadi.

“Pedihnya…”

“Eh…kenapa menangis ni pulak? Kan hanya mata yang masuk habuk kan?” soal Erfan dengan kerisauan. Fareda segera memeluk erat badan Erfan. Erfan kaget dengan kelakuan spontan ini. Apa pulak tak kena dengan adik sepupu kesayangan ini. Teruk sangat ker apabila mata dimasuki habuk?

“Kenapa ni? Sampai nak sedih?”

“Eda…Eda..” tersekat-sekat suara yang dibuat-buat. Yess!! Dia dah ada kat belakang. Erfan mengusap lembut anak rambut Fareda bagi melegakan hati Fareda yang selalu sensitif.

“Ceritalah kat abang. Abang ada kat sini nak dengar!” makin erat pulak pegangan tangan Fareda memeluk badan Erfan. Erfan rasa pelik bebenar dengan kelakuannya malam ni. Selama ini mana pernah Fareda berkelakuan sebegini.

“Eda…Eda.. sedih, bang!”

“Ehem..boleh patik tumpang lalu jap?” berdehem halus seseorang dari belakang. Erfan kenal akan suara itu. Terus Erfan melepaskan pegangan tangannya dari rambut Fareda. Jantung Erfan mahu jatuh ke bumi saat ini jua.

“Sssaaayaaang!!” Erfan tergagap memanggil kekasih hatinya, Fareda pula berlagak selamba tanpa ada perasaan bersalah di wajahnya. Hatinya berlagu riang. Mogalah ada perbalahan dan perselisih faham antara pasangan ini. Puas hatiku dapat cacatkan perbuatan Erfan di mata E-an.

“Mak ajak masuk dalam. Makan malam!” pendek sahaja kata-kata itu dan terus berlalu pergi. Erfan segera mengejarinya dan menarik tangannya.

“Sayang nak ke mana? Cepatnya nak pergi dari Erfan ya?”

“Dah nampak macam Erfan ‘busy’ sangat. Malas nak ganggu!” wajah E-an masih lagi tidak sudi menatap wajah tunangnya ini. Hatinya terasa sakit sangat saat melihat tunangnya sedang memeluk perempuan lain selepas majlis pertunangan mereka. Sudah runtuhkan cintaku di hatinya?

“I smell something, here. Are you jealous?” soal Erfan dengan senyuman yang panjang. Erfan memang suka sangat kalau E-an cemburu dengannya. Bagus jua Fareda ada. Bolehlah Erfan tahu akan perasaan sebenar E-an kepadanya.

“Jealous! Nope, that phrase not have in my life!” E-an masih mahu berlagak ego dalam hatinya. Dalam hati mahu sahaja diketuk-ketuk kepala Erfan ini dengan penyapu. Geram tau, boleh lagi pergi tanya soalan yang tidak berpelajaran itu.

“Sayang ni kenapa nak ber emo dengan Erfan? Saying marah ker? Abang tak tahu pulak kalu mata masuk habuk, kita akan rasa sedih ker? Tu yang Eda mintak abang tolong tiupkan saje. Tak tahu pulak dia rasa sedih dan dia sendiri yang peluk abang. Abang hanya tenangkan dirinya.” Jelaskan Erfan dengan panjang lebar agar E-an tidak memikirkan yang bukan-bukan.

“Ada ker saya mintak Erfan jelaskan hal tadi?” E-an berlagak selamba sedangkan dalam hati hanya Tuhan yang tahu akan remuknya hati ini. Kelakuan manja Erfan dan adik sepupunya ini memang telah buatkan E-an tergugat.

Fareda masih setia ada di belakang Erfan dan berlagak wajah sedih. Hipokrit betul mimic wajahnya ini. Entah kenapa, E-an merasakan tidak kena dengan adik sepupu Erfan ini. Ada sesuatu yang membisikkan yang perempuan ini akan memusnahkan hubungan E-an dengan Erfan di jangka masa hadapan.

“Memang sayang tak mintak. Tapi dari gaya dan pandangan mata sayang telah menjelaskan segalanya. Erfan tahu apa yang ada dalam hati sayang ni!”

“Jahat tau! Buli E-an macam ni. Tak nak kawanlah!” terus Erfan menarik tangan E-an dan mendakapnya mesra. E-an baru nak melangkah seribu, sudah digapai oleh Erfan.

“Sayang jangan nak mengada larikan diri Erfan, sekali Erfan dan tangkap, selamanya Erfan takkan lepaskannya! Remember that!!” ujarnya manja di tepi telinga E-an.

Sambungnya lagi, “Erfan nak kan hanya sayang yang jadi pelengkap hidup Erfan dan hanya sayang yang akan lahirkan anak-anak abang. Agak-agak sayang, kita nak ada anak berapa ya?” soalnya manja dan membenamkan wajahnya di bahu E-an.

“Apa Erfan merepek ni? Kan kita baru jer bertunang!”

“Ala, ni tuk masa depan kita bersama jua!”

“Entah, ikut abanglah!” tersasul E-an menjawab. Alamak, dah tersasul. Jangan si telinga Erfan ini dengarinya. Kalau tak, malu teman.

“Sayang cakap apa tadi? Erfan macam kurang dengar sahaja!” Erfan mengusiknya perlahan dan wajah E-an dah merah.

“Jom masuk. Dah lambat ni!” E-ann mengubah topic perbualan. Khuatiri jantungnya akan terkeluar jua hari ini dan malam ini.

“Nope, Erfan takkan lepaskan selagi sayang belum ucapkannya.” Gertak Erfan dengan manja. E-an sudah berasa serba salah. Mahukan dituturkan akan kata-kata itu tadi? Erfan ini memang raja segala mengugut.

“Aaaabang!” ujarnya lambat-lambat. E-an sudah tertunduk malu. Inikah dinamakan cinta, kita akan sentiada malu di depannya. Eh, salah..di belakangnya. E-an tak tahu inikah dinamakan cinta.

“Tahu pun cakap. Nak abang gertal dulu baru nak cakap ya! Sedap pula bunyinya nama tu. Mulai sekarang sayang wajib panggil Erfan dengan nama abang tau!” dicubitnya anak hidung E-an.

“Ni yang bikin gua panas!! Hidung..hidung jua nak dicubitnya!” berapi pula hati E-an saat ini. Erfan tersenyum mendengar kata-kata gurauan dan memeluknya semakin manja. Aduhai, darah tengah manis katakan. Semuanya indah.

“Eda masuk dululah. Orang tengah kemaruk cinta katakan, dah tak Nampak sesiapa di belakang ni!” Fareda bersuara lemah dan berlalu pergi. Erfan dan E-an tergelak sendiri.

“Tengok, adik sepupu kesayangan abang dah merajuk tau kerana kita tak layan dia. Macam mana boleh lupa akan kewujudannya ini ya?” E-an berkata laju dan menatap wajah suci kekasih hatinya. Ya Allah, aku menyintainya namun mulut ini sukar sangat nak bilang cinta padanya?

“Ala…biarkanlah dia. Yang penting sayang abang ni takkan salah faham dan simpan curiga akan kasih sayang abang. Ingat, abang sayangkan sayang seorang sahaja!”

“Ya Allah, budak bertuah ni. Dah kemaruk sangat nak nikah ker? Berpegangan macam dah halal sahaja ya! Mama mintak tok kadi datang nikah korang berdua jua malam ni” suara mama menyapa gegendang telinga kami berdua. Serentak itu pelukan ini terlerai. E-an menunduk dan Erfan hanya tersengih macam kerang busuk.

“Saya setuju ma!” Erfan balas dengan laju. Mengia-giakan kata-kata mama ini. Yahoo…ana nak kahwin!!

“Kamu tu semuanya setuju kan. Dah, cepat masuk. Semua dah tunggu nak makan sekali. Cepat, jangan nak sambung benda lain pulak, ingat kamu berdua tu darah manis.” Arah mama dengan tegas dan tersenyum sendiri.

“Tengok! Mama dah marah. Abang ni nakal sangat!” segera E-an berlari dan Erfan mengejarinya dari belakang. Fareda yang sedang menyembunyikan diri dari belakang pintu, hanya menitiskan air mata sedih. Terlalu lambatkah diriku dalam mendapatkan Erfan kembali. Erfan kelihatan sungguh ceria di samping tunangnya.

“Eda janji, selagi mereka belum diijab kabulkan, Erfan akan jadi milikku seorang. E-an akan berputih mata. Hanya Eda yang layak untuk Erfan!!” nekad Fareda dengan senyuman jahatnya. Fareda segera menuju ke dapur dengan satu azam yang baru.

Bersambung…

Kemunculan Fareda Berjaya jua mengoyahkan hati E-an pada Erfan…

Like?

2 comments:

Aida Nadia said...

alaaa....apa ni...
xbest r...pnyibuk tol la fareda ni..

aku_slamber said...

Aida Nadia: Fareda muncul di kala hubungan Erfan dan Eda mahu bermula..hehehe..hilang sekejap Batresya, diganti pula dengan Fareda..hehe..ni lah perencah terbaru dalam e-novel ni..hope akan ada konflik hebat ..

Nuffnang Ads