Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Wednesday, September 21, 2011

Minah Kampung, Encik Bandar 1


Bab 1



"Hoi, perempuan tak sedar diri. Kenapa kau masih lagi tercegat kat situ? Ambilkan aku air. Aku haus! Jangan lupa ambilkan sekali beg aku ni, terus simpankan beg aku ni di dalam bilik!" sergah seorang lelaki yang berpakaian lengkap berkemeja ini. Dari raut wajah, terpapar wajah penuh keletihan.



Tergesa-gesa si gadis tinggi lampai itu menuju ke dapur lantas mencapai gelas berisi air suam. Entah apalah angin kus-kus yang merasuk masuk ke dalam diri lelaki itu, tahu hendak mengamuk sakan sahaja. Mudahan lah dengan air ini akan menyejukkan hati keras itu.


"Airnya, encik!"



Pantas si dia menyambut dengan kasar dan rakus menelan di kerongkong. Kesempatan itu, si gadis tinggi lampai itu membawa masuk beg bimbit lelaki garang itu. Sebelum dia keluar, wangian Lavender disemburkan dalam kamar peribadi utama banglo. Air mandian juga telah dia siapkan. Rasa semuanya sudah selesai. Alamak! lupa pulak, tuala mandinya.



Dahulu, pernah dirinya kena maki hamun kerana terlupa mengambil tuala. 

"Kau ni apalah bengap sangat. Aku nak mandi guna tuala bukannya guna kain pelikat. Lain kali, pakai otak sikit fikir. Jangan nak ikut adat kampung. Kalau dah asal usul dari orang kampung, macam ni lah jadi. Menyesal aku tau!"



Air matanya jatuh setitik mendengari ayat makian itu. Besar sangat ker kesalahan dia tika ini. Dia bukanyan diminta pun jadi sebegini dan dia tidak pernah meminta dipertemukan serta membuatkan si lelaki muka ketat itu berasa kesal. Malahan, dia yang seribu kali menyesal adalah kerana terpaksa menghadap wajah si lelaki muka ketat itu yang sebiji wajah seekor gorilla itu 24 jam. Feeddupnya!!!



"Kau buat apa lagi yang lama sangat kat atas tu? Beradu ker? Tak pun bersemayam di atas takhta ker? Sebelum aku naik dan kurung kau, baik kau turun cepat. Cepat!! Aku nak kau urutkan kaki aku ni!!!" Laungan itu bergema dari bawah. Suara sebiji macam guna mikrofon. Memekak sahaja. Mentang-mentanglah rumah banglo ini kalis bunyi, sesuka hati sahaja nak menjerit seperti Tarzan. .



Sebelum amarah si lelaki muka ketat semakin menjadi lebih teruk, baik dia segera turun ke bawah. Kain tuala yang berada dalam tanganku itu segera diletakkan di tepi pintu. Alunan ayat suci Al-Quran dibacakan olehnya agar hati ini tenang apabila berdepan dengan diri orang di bawah sana. 



Perlahan-lahan aku menghampiri sofa di ruang tamu ini. Sunyi sepi sahaja dirinya. Marah sangat ker dia kepadaku? Aku cuba mengintai dari bahagian tepi, kelihatan bebola mata dia sudah terpejam rapat. Sudah lamakah dia tertidur di sofa ini?. Mesti dirinya terlalu letih ekoran bergelumungan dengan kerja-kerja di pejabat.



'Wajarkah aku lakukan seperti yang diarahkan ataupun biarkan dia dalam lena sahaja!' desisku dalam hati. Naik keliru aku dengan keadaan ini. Yang menghalangku sekarang ini adalah pegangan agama. Pegangan agama masih lagi kuat menebal dalam jiwaku. Ampunkanku, Ya Allah kerana aku khilaf. Kerna terpaksa, aku jadi begini. Semua aku lakukan demi keluargaku yang tercinta.



"Apa tunggu lagi tu? Nak aku pulaskan tangan kau baru nak patuhi arahan aku?" ujar Erfan dalam mata terpejam. Aik, dia ini ada panca indera keenam ker?



"Kat mana encik nak saya urutkan?" E-an menyoal laju.



"Kepala." Jemariku pantas mendarat di kepala. Terasa ubun-ubun kepala Erfan. Wangi bau rambut dan ada gel Biore di celah anak rambut. Gaya rambut Erfan sahaja sudah seperti anak remaja, sedangkan umur.. usah ditanya. Mahu kelihatan awek mudalah tu.



"Kuatkan lagi." Arah Erfan mendatar. Amboi, nak aku kuatkan dengan lesung batu? Nak try tak?



"Jangan melawan!"



"Mana ada saya melawan!" ujarku spontan. Dia dengar ker cadanganku tadi? Please, nafikanlah ia, ok!



"Lesung batu tu apa kebenda tu? Bukan melawan ker?" spontan anak mata warna kejernihan itu terbuka luas. Aku terkedu, Mak!!! dia dengarlah omelanku tadi. Ampun, encik. Kesilapan teknikal sahaja tu. Itulah, kerana mulut badan binasa tau. E-an dah percaya kini denganperibahasa itu.


"Urut lagi. Aku nak kau urut kat leher pulak!"

"Tak boleh, encik!" ingkariku pantas. Itu zon bahaya. Kakakku pernah berpesan yang di kawasan itu, zon bahaya. Kawasan merah yang tak patut aku lintasi.


"Why?" Erfan menyoal kembali. E-an ini bagaikan sengaja sahaja mengingkari arahanku sewenangnya tanpa alasan munasabah betullah. Erfan baru sahaja mahu hayati akan urutan itu, sudah sempoikan mood baik ini.



"Kan bahagian situ tak berlapik. Kita bukan muhrim. Haram.Tak baik bersentuhan!" soal agama aku mulai perkatakan kepada Erfan.



"Owh..pandai nak nasihatkan aku pasal agama. So, apa pulak kata agama sekiranya yang berhutang tak pandai nak jelaskan hutangnya? Sentiasa berikan beribu alasan kepada pemiutangnya? Haram ker halal?" Dia mulai perdebatkan kembali kepadaku. Aku kelu lidah. Bagaikan digigit balik akan kata-kataku itu.



"Err..yang tu. Kena tanya pada yang pakar ulamak. Saya hanyalah Hamba-Nya yang takkan lari dari kesilapan dan kealpaan." Sayu ayat itu berbicara.



"Arghh..tu ayat hanya nak menambahkan kasihan di para pendengar. Aku malas lah nak dengar sudah memadai rasanya. Hanya aku mahu tahu, kau langsaikan semua hutang yang telah ayah kesayangan kau tu pinjam. Aku mahukan 8% dari jumlah sebenar pinjaman tu!" angkuh dia menyatakan jumlah hutang pinjaman ayah E-an.



Terduduk E-an di sofa. Masaklah aku kali ini. Sampai ke tua, aku perlu menanggung semua bebanan jumlah hutang. Kalau dulu ayah E-an tidak bertindak bodoh, tentu dia takkan tersempit dalam situasi ini. Kini, E-an terperangkap dalam situasi tercipta ini di mana E-an selalu tersepit dan sentiasa akan dihimpit dengan seksaan dari Erfan.



Aku bagaikan telah dinobatkan seumur hidupkan berkhidmat menjadi orang suruhan Erfan. Adakah ini takdir hidupku?



“Saya sanggup lakukan apa sahaja demi lunaskan semua hutang ayah saya ni!” spontan ayat itu keluar dari bibirku apabila lelaki ini mengertak mahu membawa hal ini kepada pihak polis.



“Anything?” soal dia dengan wajah yang penuh sinis.



“Yes!”



“Tanpa bantahan?”



“Ya dan ya!” geram pula E-an rasakan dengan acara tarik-tarik tali ini. Dia ingat aku ini jenis orang cakap tidak serupa bikin ker? Mahu sahaja E-an hentuk dia dengan beg sandang ini.



“Ok, be my servant!”



“What?” kesemuanya menjerit kecil. Masakan ini yang perlu E-an pertaruhankan? Ini tidak adil.



“You already agree last minute ago, so do not more complaint!” tegas dia berkata-kata. Kesemua yang ada buntu. Ayah pula hanya mampu memandang. Maafkan ayah. Hanya usapan di tangan E-an sahaja yang mampu diberikan sebagai tanda sokongan padu. Bersemangatlah, anakku.



“Ok. I agree!”



“E-an!!” bentak ibuku kasar.



“Fikir baik-baik. Jangan bersetuju, nak. Kita boleh usahakan cara yang lain!” ibu menyambung kata.



“No, ibu. E-an dah buat keputusan dan ini keputusan E-an yang muktamad. Izinkan E-an tunaikan apa yang E-an telah katakan. E-an inginkan keluarga kita bahagia. E-an tak sanggup lihat ayah dipenjarakan. Inilah masa untuk E-an balas balik semua jasa ibu dan ayah lakukan demi E-an!”



“Ok, I will be your servant starting tomorrow!”


Itulah cadangan spontan yang aku utarakan saat dia datang menyerang ayahku di wad kecemasan Hospital Ampang Puteri. Kecoh suasana masa itu, ditambah pula dengan diriku yang baru tiba ke Malaysia. Hatiku hiba melihat ayahku terlantar sakit. Wajah sayu ibuku jua lagi meruntum jiwaku.



"Kau dengar sini. Kau sendiri yang bersetuju nak jadi orang gaji pada aku, so jangan nak banyak cakap dan chit chat dengan aku. Kau hanya layak mendengar saja. Sebarang bantahan, situ tulis dalam nota. Letakkan dalam balang. Is that clear?"



"Faham, encik!"



"Panggil aku Boss!"



"Faham, Boss!"



"Sekarang, buatkan aku makan malam. Aku nak makan chicken chop berlada sulah, kentang goreng dan air tembikai" Order Erfan ini macamlah aku tahu buat semua makanan barat. Mahu sahaja aku hidangkan pada Erfan, nasi berlaukkan budu, ikan kering dan air kosong serta ulam-ulaman. Mahu Erfan terbalikkan meja makan kalau menu ini ada di meja klasik coklat itu.



"Baiklah, menjunjung perintah boss!"



"Hurmm..cepat siapkan. Aku nak semua makanan itu siap tepat jam 8 malam!" dia terus pejamkan mata sewenang-wenangnya.



Aku mengalihkan pandangan mata ke arah jam kayu itu. Sekarang baru pukul 7.15 petang, masih ada masa lagi nak siapkan. Dia kan nak makan pada jam..jam 8?



"What, pukul 8? Berdiri tegak aku mati kali ini. Mana sempat aku nak masak benda alah tu dalam jangka masa singkat. Kalau masakan kampung, pejam mata pun aku boleh siap. Sengaja nak perdajjalkan aku lah tu! Apa aku nak buat ni?" bulat anak mataku saat menyedari hakikat itu. Aku mulai mundar mandir di atas permaidani ruang tamu. Panas.Oksigen..Oksigen.Sabar. Kau akan jumpa jua jalan penyelesaian.



"Nikmatilah hidangan chicken chop bersalutkan lada sulah hanya di KFC!"



Iklan yang bergema itu mengundangkan idea. GOOD, itulah penyelamatku. Kali ini dia takkan lagi memakiku lagi. Laju sahaja tanganku menggapai buku Yellow Page dan mencari no telefon. Inilah kali pertama aku menyelak buku panduan telefon yang setebal ini.



Dulu, tekan sahaja dalam internet, beratur no telefon keluar. Sekarang, kena guna manuallah.



"HEllo, KFC! Saya nak buat delivery! dan bla..bla....bla.."





Tepat jam 8 malam, Encik gorilla itu tersedar. Namun dia hanya memandang diriku yang berkelakuan seolah-olah sedang sibuk memasak di dapur. Langkah Erfan menuju ke bilik dan membersihkan diri. Terasa badan melekit dengan air peluh. Di dapur pula, E-an sudah banyak berdoa akan menu ini diterima oleh kerongkong Erfam. Janganlah Erfan tahu yang E-an telah buat pesanan di luar.



"So, Where is the dinner?"



"Taaadddaaa!" ceria E-an bicarakan padanya. Kelat sekali senyuman Erfan saat melihat menu yang terhidang ini. Hajat mahu mengenakan E-an, sekarang Erfan pulak terkulat-kulat dikena paku keras. Jangan nak pandang rendah pada gadis kekampungan ini tau.



"Well..Finish job kau! Next time, wait my order!"



"Yess, boss. Selamat menjamu selera!"



"Where are you going?"



"Solat Isyak!"



Hanya anggukan diberikan. Perut Erfan sudah kelaparan, apa lagi, selamat menjamu seleralah!!! E-an terlupa pula mahu mengatakan sesuatu. E-an berpatah balik terkeju melihat Erfan yang sedang enak menjamu selera.



Sekiranya Erfan tahu dari manakah sumber sebenarnya makanan ini, adakah selera Erfan akan makin bertambah? Ataupun E-an pula dimarahi oleh Erfan? Hanya masa akan menentukan segala.



E-an segera beredar pergi sebelum Erfan menyedari yang E-an mengintai Erfan dalam diam. Solat Isyak lagi penting dari berterusan menghadap Erfan sedang menjamu selera. Inilah masaku bertemu dengan kekasih hatiku.




Errr...Alhamdullilah, kenyang jua perut ini. Erfan patut berterima kasih kepada E-an yang sudi masakkan semua ini. No way. Bukankah dia tu orang gajiku. Erfan segera menuju ke sinki dan meletakkan pinggan. Ada sisa-sisa makanan yang berlebihan, lalu Erfan terus membuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.



Namun, anak mata Erfan kaku di situ. Plastik apa pulak ini? Pengotor betullah E-an ini. Bukannya E-an tak tahu yang Erfan cukup pantang tidak suka ada benda asing dalam rumah. Nak kena marah ini. Wait a second, plastik ni seperti Erfan kenali.



E-an!!!!





Erfan pantas menuju ke ruang tamu. Ada satu benda yang perlu diselesaikan malam ini jua. Ipad I-Phone diambil perlahan. Erfan mencari folder yang mengisi dokumen yang telah Erfan siapkan di pejabat pagi tadi.



‘Mana pulak ni? Masa gawat macam ni lah ia nak main hide and seek ni!’ gerutunya dalam geram. Perasaan marahnya masih lagi berbuku dalam hati. E-an memang nak kena habis-habisan dengan Erfan kali ini. Baru pertama kali berkerja denganku, sudah berani buat begini.



"E-an,..Datang sini cepat!!!"



E-an yang baru selesai solat, tersentak. Baru sahaja E-an nak tadah doa lama-lama sudah dilaungkan nama E-an. Apa ingat E-an tak ada telinga ker sehingga di panggil sekuat itu. Makin lama aku dengan Erfan, makin pekaklah gegendang telingaku ini.



"Saya datang!"



Kain sembahyang itu dilipat dengan pantas dan disidaikan di ampaian yang berhampiran. Surah Yassin jua diletakkan di meja solek. Entah apalah yang diinginkan oleh Erfan lagi ini. Memang manusia suka menyusahkan diriku sahaja.



“Ye, boss? Ada apa?” soal E-an apabila tiba di sofa. Erfan mendonggakkan kepala. Bersih sekali air wajah E-an tatkala selepas solat. Mendamaikan Erfan memandangnya. Erfan..fokus ke hadapan, jangan cepat terpedaya dengan air wajah bersihnya ini.



"Nah! baca ni dan sain kat bawah. Jangan banyak tanya dan soal. Baca sahaja!" hulurnya sekeping kertas yang baru siap diprint olehnya. Panas lagi kertas ini. Kertas apa pulak ini?




Peraturan yang perlu dipatuhi dalam selesaikan hutang!




What!!!..



Banyak gila peraturan ini.. Sampai 50 peraturan kesemuanya. Ini bukan peraturan, tapi nak menyeksa aku dalam diam! Satu persatu peraturan ini aku baca dengan berhati-hati. Mahu juling anak mata coklat aku ini baca satu persatu.



"Sain cepat!!!"



Aku terkebil-kebil dalam diam. Ini memang perjanjian berat sebelah. Buntang mataku melihat akan senarai-senarai ini. Entahlah agenda yang bersarang dalam kepala itu. Dasar otak bela tenuk betullah. Kaki pembuli.



“I’m waiting!”



“Tunggu la kejap. Banyak sangat peraturan nak kena baca. Kena kaji betul-betul sebelum sain tau!”



“Sebarang pertanyaan, sila isikan dalam memo dan letakkan dalam balang tuu!” menjuih mulutnya melurut ke arah balang itu.




Peraturan 1.

~ Ikut arahan saya tanpa bantahan.

Peraturan 2.

~ Jangan melawan sesekali.

Peraturan 3.

~Mesti tepati masa bila buat kerja

Peraturan 4.

~Jangan lewat walaupun satu saat. Kalau tak, bunga akan bertambah 1 %.

Pe




2 comments:

Juju said...

besssstttttt....smbg cptnye...

aku_slamber said...

Juju: dah ada sambungannya dari e-novel L.I.K.E..[E-an] tq sudi singgah dan bacanya... hope sambungan kali ni memuaskan yaa..

Nuffnang Ads