Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, June 16, 2011

Tunjukkan Aku Apa Itu Cinta? 3

Bab 3


















“Bagi saya chessy wedges 2, chicken chop 2, airnya nak 7 up, ayam 3 ketul dan pockut full 2 ya..” order Suraya saat tiba di giliran kami berdua.
“Kau ni makan ker melantak?” soalku sinis dan sempat lagi menilik purse aku. Manalah tahu tak cukup duit. Naya beb. Malu pun ada.
“Laa...kau ni kan kita makan berdua. Mestilah ordernya kena untuk 2 orang!” beritahunya kenapa ordernya ada 2.
“Lantak kaulah. Aku dah lenguhlah berdiri ni. Aku duduk dulu!” ujarku dengan penuh semangat sekali. Baru sahaja aku mahu megorak langkah, lenganku ditarik kasar. Ini tidak lain mesti kerja Suraya.
“Kau jangan nak mengelat. Tu dulang sapa nak angkat? Ingat kau ni raja ker?” bulat matanya merenungi aku. Hanya senyuman plastik aku lemparkan kepadanya. Malu pulak ada yang menonton sketsa kami berdua ini. Lagak kami ni pelakon terkenal ajer kat KFC ini ajer mereka semua ini.
“Kau kan khadam aku? Kaulah yang angkat, ya tuan puteri sayang..”
“Tak kuasa aku. Kau punya angkat sendiri. Tunggulah jap, dah nak siap pun!” rayunya dengan muka penuh berharap.
“Aik, cepatnya. Baiklah.” Bagaikan mahu tak mahu sahaja ayat itu keluar dari mulutku. Malasnya nak tunggu ini.
“Macam tulah member aku!”
Hanya kerlipan mata aku berikan kepadanya. Malas mahu bertekak dengannya. Kang ada yang makan hati dengan kata-kata aku ini pulak. Aku menatang dulang aku dan terhenti seketika apabila Suraya terhenti.
“Kenapa ni?”
“Tempat kita, dah ada orang duduk lah!”
“Laa..kau tak tanda ker tempat tu?”
“Dah lah. Jap ya..aku nak gi tanya kat mereka tu. Kau tunggu sini, jap!”
Agak lama jua si Suraya ini bertanya. Dia ini sedang mengarang soalan pertanyaan ker? Perutku pulak sibuk sekali berbunyi meminta diisi.
“Jomlah!” sahut Suraya tetiba.
“Kus semangat aku tau. Tak reti nak kasi salam ker?”
“Sorry. Jomlah!”
“KE mana?”
“Laa tempat kitalah!”
“Ooo..mereka dah blah ker?”
“Taklah, mereka ajak sekali duk dengan mereka. Kebetulan meja semua dah penuh. So, terpaksalah. Kau takkisah kan?”
“Terpulanglah, janji aku dapat mencekik. Dah lapor bebenor ni!”
“Aku tahu. Jom!”
Kami berdua saling berjalan dan aku ternampak seseorang sedang duduk membelakangi kami berdua. E menarik baju Suraya. “Kita ni mengacau dating mereka tak?”
“Taklah, mereka lagi excited nak jumpa kau tau bila aku tunjuk kau kat mereka tadi!”
“Masa bila?” soalku hairan apabila kelakuan diriku sempat diintai secara rahsia oleh orang lain.
“Masa kau curi-curi makan kentang goreng tadi tu!”
“Kantoi..!” merah padam wajahku tika ini. Kiutnya dia.
“Tak kisahlah, janji kau dapat mencekik. Jomlah duduk!” aku pun terus melabuhkan duduk tanpa sempat melihat insan yang baik hati itu.
“Thank yaa kasi kami tumpang makan semeja..” ujarku saat mukaku menatap wajah itu. Mak!!! Terbangun aku spontan dan Suraya kaget dengan aksi spontan aku ini.
“How small world!” ujarnya sinis.
“Jom blah!” aku berkata spontan dan menatapnya tajam. Apasal dia ini masih lagi wujud di dunia ini? mahu sahaja aku luputkan dirinya dari sini. Ultraman fire the raksasa.
“Laa, cakap nak mencekik dulu!” Suraya pula menegah dengan ayat lapar.
“No. Now blah!!” ujarku keras.
“Laa..makanlah dulu. Kesian kat ayam ni tau.. kau kan lapar tadi!”
“Ok. Lepas tu terus blah! Kalu kau tak nak ikut, aku tinggal ajer kau kat sini!”
“Ok!”
Hanya senyuman sinis dia lemparkan kepadaku. Kemudian, kawannya datang dan kami berbual sesama sendiri. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Langsung tiada niat mahu turut sama dalam perbualan ini. Malasnya mahu melayani karenah dia. Hipokrit itu namanya.
“Diam ajer?” sapa temannya dengan mesra. Langsung tidak lekang anak matanya menatapi wajah diriku yang leka mencekik ayam KFC. Ada jugak ya tomboi yang kiut sebegini yaa. Berambut panjang lagi. Kalaulah dia sudi jadi awek aku..
Suraya mulai beramah mesra dengan rakan mamat bengang ini manakala aku sibuk sekali menatapi di luar. Langsung tiada keinginan menatapi wajahnya yang seiras wajah pelakon pujaan aku, Takenouchi Yutaka. Langsung tidak sesuai. Ada ker lelaki jepun versus orang melayu ini?
Suraya perlahan-lahan merapati aku, “Eh, awat muka dia ada iras-iras pelakon kesayangan kau ah?”
“Sapa?” janganlah dia sebut nama aktor jepun itu, sudahlah.
“Herolah, Takenouchi Yutaka.!”
“Mak! Kau pun perasan ek? Aku ingatkan mata aku dah salah tengok takdi!” ujarku perlahan dan melarikan anak mataku dari terus menatapinya. Apa dia fikir dia hensem sangat ker?
“Yelah. Aku dah lama nak tanya kat dia, pi takut dia teerperasan pulak. Baik diam ajer kan..!”
“Pandai pun!”
“Ni kenapa berbisik pulak?” soal mamat bengang itu. Terasa tidak selesa melihat kami berdua saling berbisik sambil melirik mata kepadanya. Macam aku ini ada buat kesalahan yang besar pulak.
“Ada awak kisah? Kami berbisik pun hanya hal perempuan. Jangan nak menyibuk hal luar dalam kain oranglah!”
“Awak, saya tak pakai kain lah. Saya hanya pakai seluar!” selamba dia memerliku depan kami semua. Merah padam aku dibuatnya dan selamba aku menyepak kakinya di bawah meja.
“Aduh!” menyeringai dia kesakitan dengan sepakan aku ini. apalah malangnya nasibku ketika bertemu dengannya. Ada sahaja kesakitan akan menjelang tiba.
“Kenapa pulak ni mengaduh sakit tetiba?” soal Asyraf prihatin.
“Tak der pape, just ada tikus mondok gigit kaki aku ajer!”
“Apa? Tikus? Janganlah ia gigit kaki saya pulak. Saya geli tau ngan binatang berbulu ni!” ujar Suraya pantas dan segera mengangkat kakinya. Alergi katakan.
Aku hanya mampu tersenyum, sempat lagi dia samakan aku dengan tikus mondok. Ishh..memang sengaja betullah mahu suhu aku naik tau.
“Lepas ni nak ke mana pulak?” soal dia dengan prihatin. Sengaja menatapi aku dengan renungan yang lama. Mahu menguji diriku. Suraya pula hanya tersenyum melihat tingkah laku kami berdua.
“Teman si gedik ni shooping!” selamba badak kau menuturkan bicara. Dia dan temannya tergelak sakan melihat wajah cemberut Suraya saat dikatakan gedik. Ada ker gedik dalam diri Suraya?
“Auchh, sakitlah!” mengaduh E saat di cubit oleh Suraya.
“Tu lah padahnya gelarkan aku gedik tau. Aku manalah pernah menggedik.” Bela Suraya akan tindakannya.
“Boleh kami ikut?”
“Tak boleh, just for the girl shooping!” ujarku pantas.
“Laa..apa salahnya dia ikut. Lagipun ok jugak dapat bodyguard hensem follow kita kan..!” Suraya pula menyampuk dan menyetujui akan permintaannya.
“Aku tak nak. Kalu kau nak, aku balik ajer!” ugutku semahuku. Malasnya ada lelaki ikut dalam program kami berdua ini. merimaskan tau.
“Laa..kau ni suka sangat mungkir janji yaa..!”
“Takpelah kalu menyusahkan.” Putus asa jua dia dengan kedegilan aku ini.
“Mana ada menyusahkan pun. Jomlah ikut kitaorang. Jangan dilayankan sangat perangai keras kepala minah ini. Sengaja nak ugut orang katakan. Buat tak tahu ajer dengan dia yaa..”

suka?
bersambung...

2 comments:

Lila Vee said...

selamat berkarya ayu =) OMG. gambar harrryyyyyy kat atas tu sgtlah ohsem okay. (^^)v

aku_slamber said...

thanss to lila Vee..harry tu memang saya minat gle...tu yang jadikan background..sesama kita berkarya yaa...

Nuffnang Ads