Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Monday, May 30, 2011

I'll Be There ~Prolog~

Prolog


"Ahh tidak..jangan kau berganjak pergi dari situ. Tunggu aku sekejap!!!" teriak hati batinku dengan terkepit kemas sepucuk surat. Sudah lama aku mengarang bait-bait kata indah dan dutujukan khas buatnya. Inilah masa yang sesuai, saat di mana dia berseorangan tanpa dikerumuni oleh peminatnya.

Aku jua salah seorang peminat rahsianya dalam diam. Semenjak kali pertama dia melemparkan senyuman manis dan membantuku mengangkat kotak, aku sudah terkena panahan asmara. Aku menjadi angau sendirian. Manisnya dia dengan senyuaman itu, ada lesung pipit lagi.

Laju sahaja kakiku menuju ke arahnya yang sedang leka membaca sesuatu di papan notis pemberitahuan ini. Surat ini aku pegang dengan kemas sekali. Langkahku mulai sumbang dan debaran kencang sekali.

Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi aku akan mendekatinya. Duhai hati, berhentilah berdegup. Harap dia menyedari kehadiranku ini. Bau badannya itu mengasyikkan diriku. Boleh jatuh cinta aku dengannya.

Dari satu sudut, ada satu mata tajam memerhatikan ke semua tingkah laku aku ini. Panas membara hatinya melihat keterujaan aku di sisi lelaki itu. Arghh!!! Miang punya perempuan..

"Ehem..!" aku berdehem kecil dan dia berpaling.

"Ohh..awak..hai!"

'Dia ucap hai kat aku?'

Aku berangan dan bagaikan sedang terapung-apung di awangan.

"Heloo, awak still ada kat sini?"

"Sorry. Awak buat apa kat sini?" ujarku malu-malu. Surat yang aku pegang itu dengan perlahan-lahan aku menyembunyikan di belakang. Sabar dululah ya surat, aku perlu bersuai kenal dulu.

"Nak jumpa awaklah! Kan awak ada kasi memo kat saya!"

"Argh?? Memo?"

"Yap, memo kecil."

'Luar biasa sekali ya. Sejak bila aku pandai ber memo segala ni nak jumpa dia?' gerutuku sendirian. Pening kepala aku memikirkannya. Adakah orang ingin mengenakan aku sebenarnya dengan mengaturkan pertemuan ini? Bukankah hanya diriku yang tahu aku admire sangat kat dia ini.

"Nape diam? Saya salah cakap ker?" soalnya prihatin dan menatapku lama. Mak oiii..cairlah aku nanti.

"Ehh..ehh.bukanlah. Agaknya saya dah lupa kot yang saya ada hantar memo kecil tu kat awak! Sebenarnya saya ada benda nak kasi kat awak ni. Haraplah awak terima!"

"Ok, apa dia?" teruja jugak dia berekpresi wajahnya. Setia dia menantikan apakah bentuk hadiah yang aku mahu berikan kepadanya. Inikah masanya.

Pantas sahaja aku menundukkan diriku dan menyerahkan sepucuk surat kepadanya. "Terimalah surat ni!" Aku berkata sambil menundukkan badan, tanda malu melihat dia mengambil surat ini.

Agak lama jua aku berkeadaan sebegini. Dia ini marah ker? Namun anak mataku menangkap sesuatu yang berlainan. Sejak bila pulak kasut dia bertukar warna merah ini? Perlahan-lahan aku mengangkatkan wajahku.

Omak kau jatuh! Hampir aku mahu terjatuh saat melihat wajah itu. "Reeza!!"

'Apa dia buat kat sini? Sejak bila dia jadi kera asyik tersenyum ni?'

"Surat ni tuk aku, kan!" pantas sahaja surat itu disambarnya. Aku terkedu dan langsung tidak menduga akan reaksinya. Sekejap, apasal pulak si Reeza ini amik surat aku?

"Bak sini balik. Tu bukannya surat kau!!!" teriakku saat aku tersedar. Reeza tersenyum panjang. Inilah masanya untuk aku membuli budak miang ini. Ada hati nak mengurat kawan baikku sendiri. Tengok cerminlah...

"Eh, tu dah namanya buruk kaki tau amik surat ni!"

"Buruk siku la sengal!"

"Sama aje laa bunyinya. Kau dah kasi kat aku, so dah jadi hak milik perswastaan aku lah!" Reeza masih lagi mempertahankan statementnya. Langsung tidak boleh blah laahhh...

"Bak balik surat aku. Kau ni muka tak tahu malu ya amik surat orang. Aku bukannya nak kasi kat kau pun, sengal!" Aku masih lagi berterusan meminta surat itu. Jangan si sengal ini baca dan buka surat ni dah lah. Kalau tak, malu aku 7 keturunan tau..

"Kalau kau nak sangat surat ni, kau kena patuhi kesemua syarat yang aku tetap!"

"Apa kau ingat ni pusat syarat mensyarat ker? Tak kuasa aku nak ikut cakap kau!"

"Ok, esok surat kau ni akan aku potostat banyak-banyak dan edarkan kat semua orang! Ada berani?" ugutnya pula.

Aduhai, pening aku melayan si sengal.com inilah. Apa pilihan yang aku ada.

"Ada pilihan lain tak selain syarat tu?" berkompromi aku dengannya.

"No, Reeza takkan sesekali ucapkan No dalam menentukan dan memberi syarat!" ujarnya dengan senyuman tersendiri. Kalau dilihat lama, boleh tahan jua budak sengal.com ini rupanya. Kacak tersendiri..

"Matilah aku kali ni!"

"Welcome to my life in rule!" Reeza tersenyum dan membayangkan apa yang akan terjadi seterusnya.


Suka..?

Bersambung..

No comments:

Nuffnang Ads