Bab 11< Aku Benci Dia, Kaulah Encik
Benciku 11>
PENULIS : Kaseh Ayuni
11.
***
"Selamanya
Ayu akan jadi milik saya!" bak angin lalu, ayat itu kembali terngiang di
cuping telinga Ayuni. Sekeping gambar itu ditatapnya lama. Macam manalah Ayuni boleh lupakan si dia ini pulak? Mesti perang
kali ini kalau encik tunangnya tahu akan kewujudan insan lain.
“Nope! Awak salah. Saya masih lagi milik
keluarga saya. Selagi tiada ijab dan qabul antara kita berdua, selamanya saya
masih milik keluarga saya. Mereka lagi berhak mentafsirkan hak milik kekal
saya, duhai Encik Salam Fazri.” Ayuni rebah punggung di bangku yang sedia ada.
Nampaknya
pertemuan kali ini benar-benar tiada gunanya. kenapalah Ayuni boleh bersetuju untuk bertemu dengannya. Ianya satu kesilapan!! Masakan sebegini mudah Salam
mahukan dirinya. Apakah Salam ingat Ayuni ini anak patung yang sebegitu mudah
diiktiraf hak milik hanya dengan kata-kata dikeluarkan dari mulut??
“Apa
lagi yang perlu Salam buat? Takkan nak Salam merayu, memohon barulah Ayuni mahu
menerima kembali diri Salam ni?” nampaknya Salam tetap mahu juga merendahkan
ego. Salam menghampiri Ayuni yang tampak selesa di bangku. Motorsikalnya diparkirkan
di ruangan legar taman bunga Kasturi.
“
Ha-ha-ha. Salam nak merayu? Rasanya andai kata langit itu nak roboh sekalipun,
takkan mungkin ianya terjadilah. Usahlah berkata-kata manis lagi. Ayu takkan
terpedaya lagi.” Ayuni bangun apabila merasakan Salam ingin melabuhkan punggung
di sebelahnya.
“Cukuplah,
Salam. Semua yang Salam mahu katakan, tolong simpan … ya! Ayu takkan terpedaya
lagi. Apakah ingat setelah Salam sudah kembali membujang, maka Ayu akan terima
kembali Salam? Too much overthinking
la!”
“But..,” Salam cuba menggapai tangan
Ayuni. Tapi, Ayuni tangkas melarikan tangannya. Haram okay bersentuhan bukan
muhrim.
“Go back now. Untuk pengetahuan encik
Salam Fakri yang mulai dari saat ini dan tika detik ini, Ayu tak mahu lagi
lihat Salam datang kacau Ayu.” Terus Ayuni tunjukkan cincin tunangnya
“Look..! Sekarang Ayu dah jadi hak milik
orang. Dan Ayu akan berkahwin tak lama lagi..., jadi Ayu tak mahu hanya kerana hal remeh sebegini
boleh buatkan tunang Ayu cemburu. Ayu mahu berlaku setia dengan tunang Ayu.” Habis
ayat itu, Ayuni terus berlalu pergi. Pergi tanpa menunggu kata-kata akhir
daripada Salam. Biarkanlah sejarah lama itu, takkan Ayuni biarkannya berulang
kembali. Dan takkan dia biarkan sejarah mungkin berulang.
Salam
hanya mampu pandang. Merpati yang dia puja kini sudah jadi milik sangkar orang
lain. Sungguh dia menyesali. Sesal kerana tinggalkan gadis sebaik Ayuni dari
hidupnya kerana mengejari status dan pangkat.
Beep..
beep.. nada dering whatsapp masuk. Lamunan
Ayuni terhenti di situ. Bayangan Salam mulai perlahan-lahan berterbangan di
udara. Ayuni ambil handphone yang ada atas meja. Di klik icon berwarna hijau
itu.
‘I’m back. Do
you miss me?’ Si Sudin yang hantar rupanya.
Typing.., dari pihak Ayuni. Laju sahaja jemarinya ingkar arahan hati. Otak kian menyuruh. Hati kian bergelora indah dan jemari pula rancak menari melodi kasih sayang.
‘Beli apa?’ Ayu hanya mampu taip itu sahaja, segan nak
balas ucapan rindu itu. Malu-malu tapi mahu. Kenalah tunjuk rasa jual mahal itu sikit!
‘Knp x jwp rindu
tu, sianlah sy kat sini’ emoji sedih diberikan. Sudin bangkit dan lepak di halaman luar dapur rumah keluarga Ayuni. Segan pula nak main telefon sementara di ruangan dapur ada baby, mak dan ayah Ayuni. Nanti diorang kata apa pula lihat Sudin gelak sorang-sorang.
Ayuni
gelak. Dalam hati ada taman jugak encik tunang dia rupanya. Ingatkan tahu
bertengkak sahaja. Malah, nampaknya Sudin dah mulai mahu bermanja dengannya.
‘Malas’ send disertakan emoji
kenyit mata. Puas hati dapat rentungkan perasaan orang sebelah sana. Orang yang
hanya jaraknya setengah dinding dengan bilik Ayuni. Di dapur rumahnya pulak
itu. Mengada-ngada!!
Bulat
mata Sudin baca balasan itu. Amboi, jual mahal. Sudin laju membalas whatsapp itu. Jarinya kian laju menari
di skrin telefonnya. Kaki disilangkan di atas meja yang sedia ada. Mahu regangkan pinggangnya.
‘Berapa sy
nk kena byr ni?’
‘Byr apa?’ hantar lagi. Blue tick di pihak sana. Aduhai, laju
pulak Ayuni melayani karenah kesengalan perangai Shamsuddin Salleh malam ini. Dari
baring, Ayuni terlentang kuak kupu-kupu atas katil. Puas gaya itu, Ayuni
melintang pulak kaki ke atas.
‘Harga tuk
beli rindu awak, & robohkan tembok ego Ayu,’
‘It just..
F.O.C’ send. Alamak!! Salah hantar la. Boleh tak kalau nak padamkan pesanan
takdi? Bagaimana ni? Janganlah si Sudin itu salah fikir. Tolonglah, Sudin… hang
fikirlah benda lain, jangan fikir yang Ayuni sudah menerima cinta hang!
Ada
typing di sebelah sana. Ayuni sudah
berdebar menantikannya. Sungguh! Inilah akibatnya kalau tangan menderhaka pada
kata hati. Otak pula laju sahaja membocorkan rahsia hati. Matilah kali ni, mahu
Sudin salah anggap.
‘It it
true? F.O.C… That meaning it free of charge?’ emoji happy diselitkan
sekali. Kemudian, emoji cinta bling bling di hantar selang minit kemudian. Habislah
kau, duhai Ayuni!!!
Ayuni
baca sekilas pandang sahaja. Terus telefonnya dilempar ke tepi. Bantal diambil.
Malu,mak!! Malu!! Dengan penuh azamnya, Ayuni berkata dalam hati yang Ayuni
takkan lagi balas whatsapp daripada
Sudin. Lantak pi lah Sudin nak fikirkan apa-apa pun. It is for first dan last
dia balas whatsapp itu. Titik!
Namun,
kalau sudah namanya Shamsuddin Salleh.., takkannya mengaku kalah. Baginya,
peluang datang sekali, takkan berulang kali. Sekali itu terluah, itu yang akan
dia pegang sampai sudahnya.
‘At last
for first time… Ayu akui juga. Saya hargai ia. Sy tahu ianya sukar nk akui rasa
itu. Mybe semua ni masih terlalu awal. Ketahuilah, bukan niat sy nk desak atau
paksa Ayu terima saya dalam hidup Ayu. Sy tahu begitu dalamnya rasa benci Ayu
pada saya, tapi sy akan usahakan agar benci tu akan beransur pergi.’ Send.
Sudin
taip lagi, ‘ Sy janji, sy akn bahagia Ayu. Sy akn bahagiakan keluarga yg Ayu syg. Sy
akan buang rasa benci Ayu pada sy. Sy ikrar yg hnya sy sahaja yg layak jadi
Encik Benci Ayu. Just for you, dear one!’
Blue tick dari pihak sana. Sudin
tahu yang Ayuni takkan balas pesanan itu. Biarlah, janji Ayuni baca pun sudah
memandai baginya. Sudin sandar badan di dinding. Sayup-sayup kepalanya
mendongak ke langit. Sungguh benar kata orang, cinta itu boleh membutakan
orang. Boleh buatkan orang leka, angau.
Sudin
tersenyum sendiri. Tak dia sangka yang Ayuni akan jadi tunangannya. Siapa dapat
menduga takdir, jodoh dari Illahi. Sudin tatap kembali skrin telefonnya. Masih belum
ada balasan daripada pihak sana. Nampaknya, Ayuni sudah malu mahu membalas
ucapan kasih sayangnya. Sabarlah, Sudin! Takkan lari gunung dikejar.
"Assalamualaikum..," satu suara menegur. Sudin angkat wajah. Wajah orang yang memberi salam itu tersenyum kepadanya. Siapakah pulak lelaki ini? Siapa dia?
"Waalaikumussalam. Ya, cari siapa?"
"Ayu ada tak?" soal dia si lelaki misteri yang tak bernama itu. Sudin dah resah. Siapa pulak lelaki ini yang mencari tunangnya?
"Awak siapa?" rasa ingin tahu itu kian membuak-buak. Sudin tatap atas bawah, atas bawah lelaki misteri itu.
"Arif. Mohd Arif Abd Aziz, his true love!" senafas sahaja dia berikan. Belum sempat Sudin berkata, satu teriakan di belakang. Mereka berdua saling berpaling.
"Arghhh!! Arif, my love!" Ayuni yang sedang menjerit itu dari tingkap. Sudin sudah terpinga-pinga? Apa yang sedang berlaku ni? Siapakah sebenarnya Arif ini dan kenapa pula Sudin boleh tak tahu akan kewujudan lelaki berstatus His - True - Love ??