Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Thursday, April 20, 2017

Welcome to the new world



             "Kau yakin kau nak teruskan? Sekali kau melangkah, kau takkan boleh berpatah balik lagi. Segala tindakan kau akan dicatat, ditulis, direkodkan! Ini bukan dunia yang selama ini kita alami, ini adalah satu dunia baru, dunia yang penuh dengan segala ketidakmungkinan, penuh dengan kejutan yang takkan kau sangkakan!"

             Aku angguk faham. Bunyi suara itu yang kian menjerit telah mendesak untuk diriku bergerak pergi. 

         "Baiklah, kau nampaknya benar benar yakin untuk masuk ke the new world. Aku takkan ingatkan kau sekali lagi. Apa yang jadi selepas ni, bukan lagi di bawah tanggungjawab kami. Jika kau mahu berpatah balik, kau akan ada masa 1 minit sahaja."

              Sekali lagi aku angguk faham. Dia tekan 'Enter' pada skrin besar itu. Tangannya diletakkan pada dinding warna putih. Ia menenggelami tangan itu. Sikit demi sedikit dinding itu mulai berpecah dan membuka satu ruangan kecil.

               "Masuklah. Ini adalah pertama dan terakhir kita bertemu. Welcome to the new world," Serentak itu, si dia mulai menghilangkan diri bak kabus pagi. Aku pula sudah kian ditenggelami dinding. Badanku mulai berputar-putar. Kaki dan tangan bagaikan di awan-awangan seperti berada di angkasa lepas. Adakah ini dinamakan berada di alam lain selain alam bumi?

                     Selang beberapa saat, aku dah berada di satu dunia yang kiri kanannya dipenuhi dengan kabus. Kabus yang berwarna merah. Aku gagahkan juga kaki ini melangkah ke hadapan. "Kau dah buat keputusan ini, jangan nak menyesalinya."




No comments:

Nuffnang Ads