Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Sunday, November 13, 2016

Minah Kampung, Encik Bandar 32

Bab 32

***

" Kau memang benar benar terdesak sangat ke nak perlukan duit? Apakah tak cukup lagi ke duit yang kau dah dapatkan sekarang?" Ujar kata hati Erfan memandang sinis wajah bekas tunangnya itu tatkala terserempak di majlis syarikatnya.

Pedih betul hatinya melihat wajah girang bekas tunangnya itu yakni E-an di samping Seth Mihir. Dari dulu lagi si Mihir itu tergila - gilakan E-an. Kini E-an dah single balik..apa lagi, naik tocanglah si Mihir 'jual minyak'.

Tanpa buang masa,kakinya melangkah ke arah pasangan itu. Terus Erfan munculkan diri di hadapan E-an .

"Seronok nampak!" Ada bunga-bunga cemburu di situ. E-an berpaling serentak dengan Seth Mihir.

"Eerrfann..,"

"Ingatkan dah lupa nama kita." Erfan menyindir kembali. Tangannya disilangkan. Kalau bukan di di khalyak ramai, harus tangan E-an sudah lama dia tarik.

"Ku Erfan,long time we don't seen each other," sapa Mihir,mesra. E-an sudah cuak. Janganlah Erfan datang perangai gila dia kat sini. Mahu sekarang jugak E-an balik. Erfan ini bukannya boleh dipercaya sangat angin puting beliungnya. 

"Mana pasangan awak?" E-an cuba mengawal keadaan. Erfan menjeling sinis. Adakah E-an ingin memberitahu secara halus yang dia kini sudah menemui pengganti dirinya. Tegarkah Erfan menerima kenyataan itu.

"Kau memang tak puas dengan seorang lelaki,kan? Pantang nampak lelaki berharta sikit.., terus kau 'ikat' dia kemas- kemas. Aku mulanya tak percaya, aku bangkang apa yang Batrisya cakapkan itu. Aku tampar dia kerana dia buruk - burukkan kau depan aku. Tapi,setelah aku lihat sendiri.., benarlah kata Batrisya yang kau ni perempuan sebegitu." Penuh dengan sinis sekali Erfan melepaskan amarahnya.

E-an dah berubah wajah. Mata mereka berdua saling beradu. Kemeriahan di majlis ini sudah hambar. Sehambar rasa yang bergolak di dada.

 "Apa maksud Erfan?"

"Don't say like that for my woman," Seth Mihir mempertahankan maruah insan yang disayangi. Bagi Mihir, E-an adalah segalanya. Harta,pangkat tidak menjaminkan kebahagiaan. Hanya satu harta yang bernilai dia mahu kejar. Cinta E-an. Hanya itu sahaja.

"Dan kau pulak,Mihir! Apa yang kau duk gilakan sangat kat perempuan ni? Dia pernah tolak cinta kau. Dia dulu pernah jadi tunang aku! So, apa lagi kau mahu dari dia? Kalau kau nak pinjam dia untuk satu malam..aku izinkan!" Penuh kejam Erfan mematahkan maruah E-an di hadapan Mihir.

"STOP IT, Erfan! Sebegitu hinakah kini saya di mata awak? Tegarnya awak taburkan fitnah semata mata kerana hubungan kita tak berjaya. Cukuplah. Cukup!" Linangan air mata bagaikan rela mengalir sendiri.

"Ni lah perempuan. Air mata sahabat baik. Kau memang bijak berlakon sekarang! Nah, upah lakonan kau. Aku boleh bayar. " pantas beberapa keping not duit RM100 dilemparkan ke muka E-an semahunya.

Mihir berubah muka. E-an pula tercengang dengan tindakan spontan itu. Apakah yang sedang terjadi?? Hanya mata sahaja melihat not not duit kertas RM100 jatuh ke lantai. Terus spontan Mihir genggam kolar baju Erfan. Tegang sekali situasi antara mereka bertiga.

"Tumbuklah. Be a man! Tumbuk. " Erfan provok amarah Mihir.

E-an pula menunduk, mengutip kembali duit yang dilemparkan ke muka dia. Entah jembalang mana yang merasuk Erfan sehinggakan berkelakuan sedemikian.

"Mihir! Erfan! Stop it!"

"Erfan.., sekali je saya cakap. Mulai dari detik ni, antara kau dan aku sudah tiada apa apa hutang lagi. Saya akan bayar sendiri hutang ayah saya dengan kudrat saya sendiri. For now. I hate you so much. Benci kepada kau melebihi daripada bencinya segala yang ada. Saya menyesal jatuh cinta dengan kau. Menyesal kenal dengan kau. Menyesal cinta ini bertunas,encik bandar!"

"E-an.. aku, aku,"

"Bersaksikan kau, aku janji yang akad aku akan semestinya bukan kau. Kau tak layak jadi imam aku! Kau takkan sesekali layak jadi ayah kepada anak aku, dan kau takkan layak mengahwini aku. Dan yang lagi penting, aku akan belajar bukakan hati aku ini terima cinta dari Mihir. Mungkin Mihirlah jawapan jodohku selama ini. Assalamualaikum," lantas E-an berlalu pergi.

Yang pasti, keputusan itu buatkan kedua dua lelaki itu tercengang. Mihir dengan rasa tak percaya. Erfan pula terduduk. Itulah, kerana mulut..badan binasa. Harapannya inginkan E-an kembali sudah hancur sehancurnya.

***

Laju kaki E-an berlari keluar dari dewan itu. Sungguh dia tak sangka akan bertemu kembali dengan Erfan! Malah, Erfan masih tegar menyakitinya sebegitu rupa. Sungguh kejam lidah Erfan menyindir dirinya. Apakah benar bahawa cinta Erfan hanya di tepi bibir sahaja? Tika manis, E-an dijulang bak puteri. Tika dihina, E-an diperlakukan bak hamba abdi.

"E-an.. dengar dulu penjelasan Erfan!" suara Erfan kedengaran dari belakang. E-an abaikan sahaja. Buat apa mahu dengar seandainya maruah E-an, Erfan telah hancurkan semahu hatinya. 
"E-an!" Mihir pun sama mengejari E-an dari belakang. E-an yang baru mahu pulih dari sakitnya itu tidak perlu menghadapi semua ini. Apalah masalah Erfan yang masih tegar melukai hati E-an. Masih belum puaskah dia merobek hati itu lagi?

"E-an, tolonglah. Give me another chance!" Erfan terus menghalang E-an dari terus berlari. Nasib baiklah, E-an tidak berlari terlalu laju. 

"Tepilah. Jangan ganggu aku lagi! Aku benci tengok kau!"

"Why E-an? Why must Seth Mihir yang kau harus pilih?" Terjerit Erfan apabila melihat E-an mendiamkan diri.

"Dah, hanya dia yang berikan aku cinta sejati," Angkuh E-an berkata. Mihir yang berada di situ, terpana. Adakah benar ucapan itu ataupun ianya sekadar untuk menyakitkan lagi hati Erfan? Mihir tatap tajam ke arah E-an. 

"Ok... aku tahu aku salah. Kau tu yang salah, suka sangat buat aku sakit hati. Macamlah kau tak tahu yang aku ini pantang lihat kau bersama lelaki lain! Aku jeles! Aku tak boleh lihat itu semua. Kau hanya layak bersama aku. Bukan orang lain! Not even Seth Mihir!" 

"Ohh... kau punya sakit hati, kau pandai nak merungut! Ni.. kat dalam ni, dah penuh sarat dengan kesan-kesan pedih dek kata nista daripada kau! Saat kau cintakan aku, kau puji aku. Kau sanjung aku sampai ke langit. TAPII... Apabila kau dah benci, kau lemparkan semua hinaan kat aku. Kau tuduh aku perempuan hina, perempuan jalang! Masa tu, mana kau yang berhati lembut? Mana???"

"Aku... aku.. Maafkan aku. Aku sedar, aku salah. Aku tak sedar akan apa yang aku cakapkan pada kau. Aku nak kita kembali seperti dulu. Aku nak kau balik!" Erfan dah mula merayu. Erfan abaikan semua egonya itu. 



No comments:

Nuffnang Ads