Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Tuesday, February 24, 2015

Temu janji cinta 11



BAB 11



"Dah.. dah la tu tersenyum.  Naik  feedup  pulak aku  nengoknya!  Tahulah  kau  dalam  angau  sekarang  ni. Janganlah  sampai  nampak  sangat, bro!" kawan  BMW  memerli  dirinya  yang  sejak  dari  tadi  asyik  tersenyum  sahaja.

"Jeleslah  tu..!"  

Tengok..  senyum lagi.  Memang  dah  sahlah yang  kawannya  itu  dilanda  angau. Perempuan manalah  yang  agaknya  diangaukannya. Memang  kena  tabik  spring  betullah  perempuan  itu.

"Kenapa  berbungkus  macam  mayat  hidup ni?"  soalnya  lagi  sambil  menarik  selimut  yang  membaluti  badan  BMW.  Gelas di  tangan BMW  digapai.Pahitnya! Air  apa yang  si BMW ini  buatlah  agaknya?

"Aku  demam! Semalam  kena  jirus  dengan  air!" mendatar  ayatnya.

"Kau  pi  klinik  tak?"

"Belum."

"Dah  tu,  apa  tujuannya  kau  ajak  aku  lepak  kalau  aku  datang  lihat  kau  berbungkus  ni?" gerutunya sambil kaki terlentang di sofa BMW.

"Aku rasa.. Aku dah jatuh cintalah!" terukir senyuman kecil di bibirnya.

"Really, bro? Kau jangan nak buat lawaklah! Bukan ker dulu kau sendiri yang cakap cinta tu membosankan, merimaskan dan menyusahkan ker? Ni.. Kat telinga nilah kau ucapkannya. Aku belun lagi hilang ingatan tau!" kali ini kawannya berpaling tegak mengadap dirinya.

Serius! Memang sah dia kena bertemu 4 mata dengan perempuan yang berjaya menghakis konkrit dalam hati si BMW. Harus! Dan itu pun dengan secepatnya!

" People change."

" Betul. Tapi mustahil dengan kau!"

" Kau tak happy ker lihat aku bahagia?" kening BMW mulai terangkat. Masakan kawan baiknya mahu menentang rasa ini?

" Aku tak cakap aku tak suka..., cuma ianya terlalu mendadak. Kau tahu kan apa yang aku maksudkan?" bijak dia menyusun kata agar BMW takkan selisih faham.

BMW diam. Tanpa balasan. Kali ini  hanya kedengaran bunyi kipas di siling.

" So, where is the lucky girl?" ujarnya sampai menyiku lengan BMW.

"Tak payahlah. Nanti kau pun nak ejas dia juga!" sedepa muncung BMW mencebik. 

Ha- ha- ha

"Tak ada maknanya aku nak buat macam tu kat kau. Kau macamlag baru kenal aku semalam? Mesti perempuan itu terlalu istimewa bagi kau, kan?" 

" Of course! Tapi ada masalah lah wey," wajah kian mendung. Pertemuan antara Kaseh dengan jejaka itu telah mengejutkan dia. Macam mana mereka berdua boleg saling mengenali? Ada sesuatu terjadi ker?

" Maksud kau?" makin bersemangat kawannya melipat kaki lutut. Topik menarik ini.

" Kaseh kenal dengan Zairey!" akhirnya terluah juga permasalahan itu. Lapang sikit hatinya.

" Maksud kau adalah si kekasih hati kau kenal dengan Zairey? Macam pernah aku dengar nama itu."

"Rie. Zairey. Orang yang sama, nama panggilan sahaja berbeza, bro!" BMW menjawab.

" Maknanya?" aduhai, kenapalah makin lembap pulak otak si dia ini memproses.

" Mereka berdua pernah ada sejarah dulu!"

"What? Habislah kau kena cantas dengan adik tiri kau sendiri!" ishh, boleh tergelak pula kawan baiknya ini. Bukannya nak kasi nasihat.. Tapi tolong gelakkan pun ada.

' Apa agaknya akan Kaseh lakukan sekiranya dia dapat tahu yang kami berdua ada pertalian kekeluargaan?' BMW mengomel sendiri.

********




No comments:

Nuffnang Ads