Aku, Nur Zaara telah dicabar oleh kawan baikku sendiri agar mencari seorang teman lelaki untuk menghadiri satu majlis pertemuan semula di sekolah menengah lamaku yang akan bermula pada bulan 3 ini. Aduhai, tiada penyakit mulalah ada penyakit baru. Dari mana harus aku dapatkan seorang lelaki untukku jadikan sebagai teman date aku?
"Aku cancel la jemputan itu. Malaslah aku nak pergi."
"Eh, kau jangan nak cari penyakit. Inilah harinya kau harus munculkan diri. Bila lagi kau nak tayangkan diri kau ni kepada mereka yang selama ni selalu mengeji, mengutuk kau. Dulu, kau tu pernah gemuk. kini kau dah kurus meletopss gitu. So, kau wajib pergi. Hal teman date kau tu, serahkan saja pada aku!" ujar Aryna dengan bangga. Dalam fikirannya, sudah ada calon yang sesuai akan berdampingan dengan Zaara.
"Kau sure tak ni?"
"Yakinlah pada aku. Pernah ke aku hampakan kau selama ni?"
Zaara mengangguk lemah. Air suam diteguk kembali dan kad undangan itu dibiarkan begitu sahaja. Aduhai, adakah ini masanya untuk Zaara bertemu kembali dengan semua kisah masa silamnya? Aryna tersenyum melihat gelagat Zaara. Aryna melihat di sekeliling, ada sahaja mata nakal yang melihat pada wajah cantik milik Zaara, namun Zaara langsung tidak menghiraukannya. Baginya itu semua adalah sementara sahaja.
Maka bermulalah operasi untuk mencari Mr. Date untuk Zaara.