Ruangku Berkarya

Kawan Ayu Datang Tuu...

Here Ayu Am...

Aku Benci Dia, Kau Encik Benciku..buat kini dan selamanya.. Nak tahu? Selamat Datang ke Blog Ayu Slamber..Selamilah Isi hati E-Novel ayu Tau!

Followers

Geng Kamceng Ayu

Geng Kamceng Ayu
Jom..

Friday, November 11, 2011

Cerpen : Aku Benci Dia, Kau Encik benciku...2





Cerpen : Aku Benci Dia, Kau Encik benciku...2

Penulis : Kaseh Ayuni

Hak Cipta Terpelihara


2.

Ayuni tatap sayu skrin laptop Compaqnya. Tangannya pantas menekan butang on di laptopnya bagi menghidupkan suis. Sudah beberapa hari blog kesayangannya dibiarkan sepi tanpa update terkini mengenai e-cerpennya. Kawan-kawan yang datang pun suka bebenar menjengah tetapi mereka diam membisu. Tiada sesiapa pun sudi dropkan komen mereka buat tinta penulis blog bernama Ayuni.

Ayuni dengan penuh sabar saat laptopnya baru sahaja on. Lambatnya mahu loading. Sudahlah ideanya datang mencurah-curah. 5 hari, blog dibiarkan sepi. Kini, idea sedang datang, so, Ayuni mesti rebut peluang ini.

Skrin memaparkan satu gambar yang comel sekali buat tatapan Ayuni. Gambar itu diletakkan sebagai wajah desktopnya. “Encik Benciku. Walaupun di hati bilang benci, tetapi kenapa wajah dirimu jua inginku tatap selalu? Runsing betullah dengan bahasa hati tu. Di bibir kata benci, kenapa di hati kata sayang?” Ayuni bersuara kecil

Broadband U Mobile dimasukkan ke dalam pemacu keras USB, lalu dibiarkan ia loading dahulu. Begini nasib diriku, mahu online pun mesti tunggu. Lambatnya. Kemudian satu icon biru dari UMobile kelihatan. Jemari Ayuni pantas menekan conection agar internet senang dihubungi.

Google chrome dicari oleh bebola mata Ayuni . Di bawah sekali, laju jemari Ayuni menekan icon itu dan sementara menantikan ia loading, Ayuni mengambil sesuatu dari dalam almarinya. Ermm.. kali ni mesti ada entry baru buat pembaca yang Ayuni sayangi. InsyaAllah.

Terpapar google Chrome depannya, mestilah Ayuni akan menekan laman URL facebook. Bagaikan jadi satu kewajipan kena buka Facebook dahulu. Walahai..seolah Facebook kini sudah menjadi trend semasa oleh golongan masa kini. Termasuklah jua dengan si Ayuni sekarang itu.

“Lamanya tak online. Entah apalah jadi pada akaun facebookku. Kawanku, iqa, datin, pia, dian, zu, mak cik rex lagi, dan jua akak shimah. Adakah mereka semua merinduiku?” monolog Ayuni sendirian sambil asyik mendengar lagu dimainkan dalam laptopnya.

Mak aii…89 notification? Diorang semua itu komen ke banyak like? Mesti banyak like ni. Aduhai..peninglah Ayuni mahu lihat satu persatu. Itulah, buat lagi sikap merajuk itu. siapa yang susah? Ayuni jua, kan?

Belum sempat lagi, Ayuni mahu see all notification, sudah ada yang menyapa Ayuni. Ayuni tersenyum saat melihat nama itu. Siapa lagi kalau bukan si Pia. Awalnya si budak cilik itu online. Tak kerja ke budak Pia tu?

“Salam, kak ayu..pin pin.pin..shin chan nak lalu..pin pin pin… baru jew pia on9 ni? Kak ayu sihat jiwa dan raga? Heh hehe heheeeh ”

Ayuni membalas dalam senyuman mekar di bibirnya, “Wassalam, pia. Shin chan? Sapa tu shin chan? Kak yu dah lama sihat, syg oii!”

Pia laju membalas di ruangan chat peribadi facebook, “ cmne? Dah ok? Jgn nak emo2 lagi ya. Shin chan k nada temani kak ayu. Seru je nama shin chan ya lau akak sedih tau. Jgnlah behenti. Shin chan syg kat akak ayu,”

Ayuni terdiam dan kembali balas, “ sedih!”

“Nape cedih ni? Cte kit kat shin chan. Biar shin chan tumbuk org wat akak ayu sedih.”

Ayuni tersenyum. Amboi, bersemangat betul adik Pia kita tu dalam menceriakan hari-hari Ayuni. Ayuni bersyukur kerana dikurniakan kawan online yang mengambil berat mengenai dirinya. Terlalu sukar mahu ungkapkan dengan kata-kata akan semua itu. ayuni tidak pernah meminta dan mendesak. Ayuni terima semua kebaikan yang kawan-kawan onlinenya selalu buat untuknya. Terima kasih ya kawan-kawanku.

“Nothing. Tq pia sudi ambil berat.”

J pia kan sayang akak ayu.”

“Sayang pia juga,”

Kemudian mata Ayuni menatap sesuatu di sebelah skrin kirinya. Encik Benci pun ada sama? Alamak, bagaimana ni? Mahukah Ayuni menyapa dia ataupun buat-buat jadi pembaca bisu. Lantaklah, aku merajuk pun kerana dia. So, biarlah dia di sana, aman dengan dunianya.

“Kak Ayu..jom makan,” tegur satu suara. Ayuni angkat wajah. Terpacul satu wajah manis, lupa pula mahu bagitahu yang sekarang ni Ayuni berada di kampung kerana balik ada kes kecemasan.

“Baby. Baby nak ajak kak Ayu makan apa?”

Baby tersenyum manja dan memeluk erat kepala Ayuni. Manja-manja ni mesti ada apa-apa. “Baby nak makan daging goreng masak kicap. Semalam kak Ayu buat sedap sangat. Baby tambah nasi 2 pinggan tau. Boleh tak baby nak makan lagi hari ni?”

Ayuni terdiam tetapi matanya kembali fokus pada facebook onlinenya. Mana yang harus dibuat dahulu sekarang? Layani facebook kembali ataupun turun ke dapur dan masak apa yang baby minta?

“Kak yu, cepatlah!” baby mulai tarik tangan Ayuni.

“Kejap, baby. Kak ayu nak balas chat ngan kawan kak yu jap,”

“Ok. Tapi cepat tau!”

“Ok, adikku baby sayang,” Ayuni mencubit perlahan pipi tembam adik bongsu kesayangannya itu. jemari Ayuni tangkas membalas kesemua chat yang menyapa dirinya dalam facebook itu.

*****

Ayuni menitiskan air mata kecil saat anak matanya membaca post itu. Air matanya mengalir laju. Kenapa dia sebegitu? Kalau benci katakana benci. Kenapa perlu mendera hatiku sebegini? Teganya dia buat diriku bersedih kerana dia. Aku benci dia. Benci sangat-sangat.

Dek ikutkan rasa hati yang sedih itu, Ayuni akan buat serangan balas balik. Ingat dia sorang ke boleh post sebegitu. Ayuni pun bolehlah. Jangan nak cabar diriku. Ok, kita lihat siapa yang egois sekarang ni.


‘Izinkan saya ya..mungkin nilah petandanya..maafkan saya lau ada karya saya ni tak diterima oleh pembaca...ayu pergi dulu...penamatnya dah sampai tanda...buat yang mengenali ayu..ayu ucapkan terima kasih sudi bersuka duka ngan Minah Kampung, encik bandar, bergelak tawa ngan Mr. Senduk Rela, dan jua ingin jua setia dengan Temu janji cinta...wassalam.. Ayu yang :( ‘


Button post ditekan laju. Ayuni puas. Puas kerana rasa hatinya diluahkan secara online. Biarlah apa jua orang mahu katakan. Sesungguhnya hatinya sudah terluka dalam. Ayuni benar-benar memerlukan seseorang sekarang itu bagi menenangkan dirinya.

Baru sahaja tidak sampai beberapa saat post itu dipostkan dalam wall dinding Ayuni, sudah ada yang balas balik post Ayuni. Ayuni lihat sejenak. Terpacul nama Iqa. Iqa..Ayuni sedih ni.

“Kak Ayu..janganlah macam tu, semua masalah masih boleh di selesaikan ok,” Iqa memujuk Ayuni dengan laman online facebook itu. hanya itulah medium yang sedang Ayuni berhubung dengan kawan-kawannya.

Seterusnya, kawan barunya pun masuk sama komen, Farhana Hashim namanya. “Lahh. Kenapa ni kak norid???”

Ayuni pun membalas, “ No iqa. Kata nekad dah kuar.. sekali ayu cakap nekad, takkan berpusing balik. Hanya boleh kata goodbye everyone.” Air mata kian galak sekali menitis di pipi. Keputusan itu sangat menyukarkan Ayuni berfikir dengan waras sekali.

Faizul L Messi yang selama ni diam membisu, muncul jua balas komen itu, “Nape ni akak??” Faizul, adik yang berusia 20 tahun. Ayuni kenalinya melalui seorang rakan di facebook jua. Dahulu, Ayuni pernah berborak dengannya di alam maya. Kami diam kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Iqa pun sama laju masuk dalam komen ni, “Pi baca balik komen kat KCN..jangan wat keputusan terburu-buru.” Iqa tetap mahu berusaha tarik Ayuni agar tidak bertindak melulu.

Ayuni tetap berdegil. Kepala batu betullah dia ni, kan? Dalam emosi sedih, Ayuni terus membalas balik, “ Lau blog Ayu dah tak leh nak akses tu tanda ayu dah hentikannya,” butang Enter ditekan laju. Ayuni puas. Puas kerana rasa hatinya diluahkan.

Hannah Hamra pula datang komen jua, “ Apsal plak ni? Sabarlah. Jangan ambil tindakan terburu-buru.”

Ayuni terus segera membalas, “ Dik Hannah, kata nekad dah ada…so, keputusan tak terburu-buru lagi.”

Iqa yang tadi hanya like mulai mencelah laju, “ Kak Ayu ni..orang tak habis explain lagi..sabaq laa dulu.”

Pia yang tadi diam membisu, kembali online. Membulat matanya membaca status terkini Ayuni. Pia memang terkejut sangat-sangat lalu berkobar-kobar ingin tahu, “Whyyyyyyyyyyyyyyy????”

Pembaca setia Ayuni pun sama membalas status komen itu iaitu Laksamana Sunan. Ayuni mengenali saat Ayuni mulai serius dalam penulisan itu dalam 1 bulan yang lalu. Sejak dari situ Laksamana Sunan menjadi pembaca tegar Ayuni dalam diam. Inilah komennya, “ Salam perkenalan buat penulis Ayuni..budi baik kamu, saya akan kenang sampai bila-bila..Semoga selepas ni, Ayu akan menjadi seorang penulis yang berkaliber.”

Ayuni menangis laju saat membaca komen dari Laksamana Sunan. Ya Allah, ramainya kawan-kawan facebooknya mengambil berat akan dirinya. Tangan Ayuni mulai terketar-ketar dan amat menyukarkannya membalas kembali komen dari Laksamana Sunan itu.

Iqa pun masuk kembali komen, “Kak Ayu..jangan degil lahh!” agaknya si Iqa dah marah sangat dengan sikap Ayu itu. makin di nasihati semakin galak Ayuni bertegas dalam keputusannya. Keputusan ingin berhenti dari dunia penulisan. Satu keputusan yang amat sukar sekali Ayuni fikirkan saat ini, detik ini. Betul ke tindakan Ayuni itu? ataupun Ayuni sudah dipenuhi dengan sifat emosi sedihnya?

Ayuni tetap inginkan Laksamana Sunan tahu yang Ayuni selalu menghargai semua sokongannya itu, “Tq Laksamana Sunan, macam orang kata, setiap pertemuan tu akan ada penghujungnya… ni agaknya titiknya penamat segala-galanya..karya ayu orang tak suka, so watpe nak terhegeh lagi kan…so buat reti-reti laa ya.. ayu, kan?”

Baru sahaja Ayuni dropkan komennya, seorang lagi kawan baru masukkan komennya dalam wall Ayuni, “ La nape lak ni..?” Norziati Mad Dam bertanya kehairanan. Baru malam kelmarin Ayuni dan Norziati saling berbalas mengusik dalam satu group, kini ini pula yang terjadi.

Kawan baik Ayuni pun sama bertalu-talu masuk komen iaitu cik Zu kita. Inilah antara komennya, “Bakpe ni kak ayu? Ada orang komen pedas-pedas lagi ke?” Ayuni sudah menahan sebak. Ahh..dahulu ada, zu. Ada orang komen pedas-pedas tetapi Ayuni buat tahan hati dan perasaan itu. Ayuni bangkit kembali dan buktikan yang Ayuni berkarya bukan kerana ingin nama sahaja. Salah ke penulis baru ingin cari tapak dalam dunia penulisan ni?

Salah ke Ayuni berkarya mengikut kata hatinya? Salah ke duhai pembaca sekalian? Kenapa masih ada pembaca suka tuding kesalahan pada seorang penulis baru? Kami kan masih baru lagi, wajarlah kalau ada cacat cela dalam karya kami, janganlah hentam dengan kata-kata yang bisa menguris hati. Ayuni akui, tanpa komen negative takkan buatkan penulis itu Berjaya. Tetapi berpada-padalah.

Sesungguhnya mata pena ni lagi tajam dari mata pedang yang menghunus di dada musuh. Kini, mata pena kian tajam lagi apabila yang si pembacanya mulai lontarkan pendapatnya. Tak salah berikan pendapat, tetapi Ayuni gemar membaca pendapat yang membina. Pendapat yang sertakan sekali dengan cara bagaimana nak perbaiki balik penulisannya. Barulah adil. Kan?

*****

“Ayu!! Cepat alihkan motor. Hujan tu kat luar,” teriak ayah Ayuni dari luar. Ayuni yang sedang melayani perasaan tersentak. Mak ai..bergegar suara ayahnya dari luar. Ayuni berpaling ke arah tingkap bilik tidurnya. Ye lah, hujan lebat di luar. Malasnya mahu bangun. Ayuni buat-buat pekak badak lagi dalam bilik itu.

“Ayu….” Sekali lagi nama Ayuni dipopularkan oleh ayahnya. Nampaknya kena bangun jugaklah. Hermmm…

“Ya..kejap..”

“Ayu, cepat.” Ayahnya memang mahu semuanya cepat sahaja. Kejaplah. Ayuni mahu balas komen kawan-kawan facebook ini sekejap mahu beritahu yang dia ada kerja.

“Hujan? Jap ayah!” Ayuni belum sempat mahu membalas komen dari Zu apabila baby tiba-tiba datang dan menarik tangannya. Baby muncul dengan wajah gembira. Budak-budak, mana tak suka kan dengan hujan. Mesti dalam kepala tu dah fikirkan macam-macam, kan. Dah boleh agak, kalau dari tadi, senyuman baby sampai ke telinga. Mahu ajak Ayu mandi hujanlah tu.

“Cepatlah akak Ayu. Hujan tu kat luar. Jom la. Mandi hujan. Dah lama baby tak mandi hujan dengan akak Ayu,” baby mengomel di sebelahnya yang sedang berjalan. Haa..kan betul apa yang Ayuni fikirkan. Betul, kan? Ok juga sekali sekala mandi hujan tu. Tidak salah kita menjadi budak-budak, kan sekiranya mahu rilekkan masalah yang membelenggu diri.

Semakin kuat baby menarik tangan Ayuni. Ayuni tergelak lepas dengan karenah dari baby itu. Ayahnya yang berada di luar tersenyum melihat telatah anak perempuannya yang bongsu itu. Manja sangat-sangat.

“Kejap baby. Akak Ayu nak tolak moto dulu masuk dalam rumah ni. Kalau baby nak cepat, baby tolak dari belakang, ya!” laju sahaja baby ikuti arahanku dan menolak moto Yamaha Spot itu ke dalam beranda rumah.

“Yaa..mandi hujan. Cepatlah kak ayu!” baby sudah berada di tengah kelebatan hujan. Ayuni tersenyum dan menongkat tongkat moto. Ayuni tatap wajah ayahnya bagi meminta izin. Ayahnya hanya mengangguk kecil.

“Lambatlah akak Ayu ni.” Baby merungut dan menarik tangan Ayuni. Ayuni mengikuti sahaja permintaan adiknya itu. Akhirnya Ayuni pun sama-sama berdiri di tengah kelebatan hujan di kawasan kampungnya, Terengganu.

Ayuni bergurau senda dengan baby dan menyimbahi air hujan ke wajah baby. Baby girang dan berlari ke situ sana sini. Ayuni galak mengejarinya. Baby pun segera menuju ke corong air di hujung kawasan rumah. “Kak Ayu, meh la sini. Air kat sini lagi banyak.”

Ayuni pergi dan duduk berteleku di situ lihat air hujan turun melalu cerobong penangkap air hujan. Baby leka dengan dunia mandi hujannya. Lalu, “Kena kak ayu..” air hujan itu dilemparkan pada wajahnya. Ayuni terkejut dan langsung tidak menduga akan baby mengusiknya.

“Baby..nak kena ni ya. Nah.nah..” laju sahaja Ayuni buat serangan balik. Baby tergelak riang. Sukanya hati baby ya kerana Berjaya usik diriku.

“Ya Allah, jika inilah yang kau berikan hikmah bagiku. Aku terima. Kau hilangkanlah semua kedukaan itu dalam titisan air hujan. Kau turunkan hujan bagi membersih kekotoran di duniawi. Hamba-Mu ni jua ingin sama sekali meminta izin agar segala kedukaan itu turut sama pergi dengan titisan air hujan ni.” Doa Ayuni penuh kudus dalam hatinya. Semoga hujan ni akan bawa seribu rahmat sesudah sahaja ia berhenti.

Gelak tawa baby telah membuatkan dirinya ceria. Ceria bak embun pagi dan jua seceria katak yang memanggil hujan. Hujan.. Ayuni dari dulu lagi suka mandi hujan sekiranya ada masalah. Bagi diri Ayuni, mandi hujan ni bagaikan satu terapi baik dalam menangis. Kalau kita mahu menangis, kita donggakkan wajah ke atas. Biarkan sahaja air hujan itu jatuh ke wajah agar ia turun selari dengan titisan air mata kita.

Jadi, tiada sesiapa akan tahu yang Ayuni sebenarnya sedang menangis tika itu. hehe.heheh..itulah cara yang Ayuni selalu amalkan bagi elakkan diri mahu dilihat orang kerana menangis. Ayuni itu memang ego dengan dirinya sendiri. Ego sangat-sangat mahu menangis di depan khalyak umum. Bagi Ayuni, air mata ni sangat berharga. Tetapi Ayu kalah dalam egonya sendiri saat dia bertemu dengan Encik Bencinya itu.

Encik Benciku. Kau telah mempengaruhi diriku sebegini, kini semudah itu kau pergi. Kenapa? Kalau tak suka, janganlah hadirkan diri. Kini Ayuni pasti bahawa hati kecil Ayuni sudah jatuh sayang. Sayang. Sayangkah sebenarnya Ayuni pada Encik Bencinya itu?

Benci..sayang..yang mana satu wajar Ayuni pertahankan sekarang ni? Yang Ayuni faham dalam hatinya tersangatlah Benci sekali kepada dia. Tetapi kenapa di bibirnya lain. Sayang. Ayuni sayangkan dia sungguh-sungguh. Hurmm…

“Kena…habis basah baju kak Ayu.” Baby menjiruskan satu baldi air di badan Ayuni. Lamunan Ayuni hilang sebegitu sahaja. Ayuni segera bangun dan mahu acah-acah marahkan si baby. Baby sudah terlebih dahulu melarikan diri.

“Kejar baby..kejar..” Ayuni segera melayani perangai kanak-kanak si baby nya itu. sesekali best juga jadi budak-budak ni. Mereka bebas ekspresikan perasaan mereka pada khalyak umum. Bukan seperti Ayuni, suka pakai banyak topeng di depan mata semua. Topeng sedih, duka, gembira. Letihnya jadi orang dewasa ni. Letih sangat-sangat kerana memikirkan hal itu. Baik selamanya jadi budak-budak.

“Kak ayu takkan dapat kejar baby. Baby lari laju tau.” Baby mengejek diriku yang jauh ketinggalan dari belakang. Amboi..baby, kejap ya. Nak main polis-polis kejar penjahat ya. Kejap ya.. one two..kejarr..

Baby terkejut lalu mengorak langkah seribu. Satu halaman rumah ni, Ayuni mengejari baby. Baby tersenyum girang dan sesekali mengejek Ayuni yang tidak dapat menangkapnya. Rupanya baby Ayuni lagi nakal dan cerdik dari Ayuni. Budak-budak yang baru membesar, tenaga mereka lain.

“Ayu..ni ada orang kol!” ayah meneriak laju. Ayuni terhenti mendadak dan baby pun sama tidak sempat mahu menekan brek. Pap..kami berlaga dan sama-sama tertunduk di tanah yang becak.

Baby tergelak kecil. Ayuni tatap ayahnya. Siapa pula yang hubungi dia saat itu. alamak, mungkin ke kawan-kawan onlinenya?

“Siapa kol?”

“Entah,” ayahnya menjungkit bahu. Ayuni cuba bangun dan turut sama mengangkat baby bangun. Baby enggan bangun kerana mahu main air hujan lagi. “Cuba tengok nama pemanggil tu.”

Ayahnya lihat dan wajahnya berkerut dua. Peliknya nama kawan anaknya itu.

“Siapa nama pemanggil tu, ayah?” Ayuni berteriak di luar rumah. Malas mahu masuk ke dalam pakaian basah itu. ayuni leka sekali menatapi wajah ayahnya.

“Encik Beci. Bnnnci..eh, Encik Benci.”

Ayuni terduduk mendadak. Apa nama yang ayahnya ujarkan tadi?

“Siapa ayah?”

“Encik Benci. Pelik bebenar nama kawan kamu ni. Ada ke nama Benci?” ayahnya mengeleng laju. Ayuni sudah pucat. Sepucatnya. Apa lagi dia mahu? Tidak cukup ke lukakan hatiku.

“Ayah, matikan je talian tu. Ayuni sibuk.” Lidahnya menjawab laju. Ayuni masih dalam mood terkejut. Tetapi lain pula terjadi, apabila ayahnya mengangkat panggilan itu. Ayah….

“Ye, cari sapa? Ha..ada..kejap ya..nak,” Ayahnya berbual dengan encik benciku. Alamak, janganlah ayah. Ayuni masih lagi merajuk dan marah dengannya lagi ni. Ayuni tak mahu bercakap dengannya. Hati kecil Ayuni berkata-kata penuh rungutan.

Ayahnya turun ke bawah dan menghulurkan telefon kepada Ayuni. Ayuni tatap kaku sahaja. Langsung tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. benci. Bencila.orang takkan mahu lagi bercakap dengannya. Takkan mahu lagi berbual dengannya.

“Ayuni.amik ni, kawan Ayuni kol!”

“Tak nak. Ayuni kan suruh ayah letak je panggilan tu. Ayahlah cakap dengannya.” Ayuni berpeluk tubuh. Ayuni mengusapi anak rambut baby yang sedang memeluk badannya dari belakang.

“Ayuni…”

“Tak nak. Ayuni dah cakap kata putus. Tak nak!”

Ayahnya mengeluh dan geram dengan sikap keras kepala, degil anaknya yang sulung itu. Perangai kalah hilter. Keras kepala, degil pun ada. Pakej 2 dalam 1 betullah.

Ayahnya merengus dan kembali berbual dengan dia yang aku benci sangat-sangat itu. kemudian, ayahnya tersenyum panjang. Ayuni hairan. Apa yang Encik benci cakap pada ayahku? Sampaikan ayah sudah tersenyum. Ayahnya payah mahu senyum dengan orang. Adakah encik benciku sedang membeli jiwa ayahku?

Ini yang buatkan Ayuni penasaran ingin tahu. Ayah tatap tajam wajah Ayuni. Talian dimatikan.

“Encik Benci cakap, akhir tahun ni dia akan masuk meminang anak ayah ni. Dia sudah buat keputusan tu. Akhir tahun ni, katanya pada 12.12.2011. ayuni akan sah menjadi tunang kepada Encik Benci.” Usai sahaja ayah memberitahu hal itu, Ayuni terjelempuk jatuh.

“Ayuni.,”

“Ayah..kenapa ayah bergurau sebegini dengan Ayuni? Ayuni tak mahu. Ayuni benci dia. Bagaimana kami mahu bertunang kalau dalam hati ni segunung rasa benci pada dia?” Ayuni merengek macam budak kecil.

“Tu ayah tak nak amik tahu. Yang ayah nak ambil tahu, akhirnya Ayuni akan bertemu jua lelaki yang sayangkan Ayuni. Lelaki ni Ayu, tak semestinya dia kata benci, akan benci dalam hatinya. Kami ni kontra, apa yang dicakapkan, takkan sama dengan apa yang lelaki rasai dalam hati. Kiranya Ayuni dah jadi orang kesayangannyalah tu. Kalau tak masakan dia berani melamar Ayuni dari ayah sendiri.”

“Ayah..Ayuni belum bersedia lagi,” Ayuni tetap mahu bangkang hal itu.Kenapa secepat ni encik Benci utarakan benda ni? Bukankah Ayuni masih lagi keliru dengan isi hatinya. Encik Benci, janganlah bikin Ayuni keliru sebegini.

Tolonglah, Ayuni. Ayah pun nampaknya sudah jadi sekutu Encik Benci. Ayuni mampu menunduk. Ayahnya sahaja yang girang kerana akhirnya Ayuni akan jua menjadi milik orang lain. Baby pun sama, girang.

“Aku harus bersemuka ni dengan Encik Benci dan desak jua dia tarik semula lamaran itu.Aku belum bersedia lagi,” nekad Ayuni dalam hati. Ya Allah, kenapa ni semua terjadi mendadak. Sudahlah karya Ayuni sendiri alami masalah tersendiri, kini ditambah lagi masalah baru dari Encik Benci. Wawawawa..

“Jangan nak bohongilah hati kau, Ayu. Aku tahu kau pun inginkan encik Benci, kan?” detus pintu kecil hati Ayuni. Ayuni menafikan semahunya. Hatinya mentertawakan dirinya yang ego dalam mengapai cinta yang telah lama bersemi. Ayuni, kau ego!!

“Diam!!!”

Ayuni segera bangun dan melangkah ke bilik air. Satu peperangan pasti akan meletup sekejap sahaja lagi. siaplah kau Encik Benci. Kita akan bertemu dalam satu perang dunia ke 8 ya. Tunggu ya..Ayuni akan persiapkan semua bala-bala tentera agar kau aakn kecundang dalam peperangan yang Ayuni isthiyarkan sekejap sahaja lagi..

Baby pun sama mengekori dari belakang. Manakala ayahnya asyik tersenyum sahaja. Anaknya yang berusia 23 tahun, akhirnya akan ada orang mahu masuk meminang. Lambatnya bulan 12 ni tau.

Watch up, Encik Benciku..kita akan berperang. Perang…serang…!!!

*******

P/S: Cerpen sepintas lalu..buat pembaca Ayu yang selalu singgah dalam blog ayu ya..haraplah anda enjoy. Ni ayu buat sekilas pandang, memandangkan ayu tidak sempat nak postkan bab seterusnya enovel ayu. Kalau ada yang alert, karya ayu telah keluar serentak dalam P2U, jadi kenalah ayu marathon banyak nak siapkan edit bab MKEB, Senduk Rela dan terkini hari ni pula Temu Janji Cinta.

WAWAW…banyaknya kena edit..takpe, ayu dah tinggalkan cerpen ni. Janji terhibur, kalau tidak memuaskann cerpen ni, lain kali tak perlulah baca lagi ya…hehehhe hehe..ayu pening ngah perah otak,,

Salam sayang dari Ayu

10.57 am

11.11.11

(Woo nombor 11 semuanya ayu buat cerpen encik benci 2..erm..ada bertuah ker no ni nanti bagi ayu tak..heheheh..)

9 comments:

Farhana Hashim said...

cayalah kak norid!!! go go fighting!

Afifah Yusof said...

Thumbs up!!
12.12.2011.... hmm..nombor yang cantik.. ^_^

aku_slamber said...

tq Farhana Hashim..sudikan komen..dan akak Afifah Yusof, tq kak..sudi baca..hehehh..

~Cik MI~ said...

Are you serius???? 12/12/2011 tu.... xlama lagi.. hahahahaha..

Anonymous said...

whats up princessjelita.blogspot.com blogger discovered your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer pagerank service bad seo backlink service angela backlinks Take care. Jay

Anonymous said...

Greetings fгom Idaho! ӏ'm bored at work so I decided to browse your website on my iphone during lunch break. I really like the info you present here and can't wаit
to take a look when I get hοmе.
I'm surprised at how fast your blog loaded on my mobile .. I'm not even using WIFΙ, just 3G .
. Anуhow, superb blоg!
Here is my homepage ; Chopard Watches

Anonymous said...

Wonderful goods from you, man. I've have in mind your stuff prior to and you are simply too excellent. I really like what you have bought here, certainly like what you are saying and the way in which through which you assert it. You make it enjoyable and you continue to care for to keep it smart. I cant wait to read far more from you. This is really a wonderful web site.
Here is my blog :: Marc Primo Pulisci

Anonymous said...

Hi there, I enjoy reading through your article
post. I like to write a little comment to support you.


My web site; weirdest porn sites [Http://www.porn-selection.com]

Anonymous said...

Hi everyone, it's my first pay a quick visit at this site, and piece of writing is genuinely fruitful in favor of me, keep up posting these content.

Stop by my web page ... real party porn

Nuffnang Ads